Vacazzee

All about East Malaysia's travel information, people, cultures, news and events

Uncategorised

“Budaya dan Falsafah dalam syarikat yang menginspirasikan hidup saya” – Nurul Ain Yahya

Majlis Konvokesyen UiTM Seri Iskandar

“Budaya dan Falsafah dalam syarikat yang menginspirasikan hidup saya”.

Gadis kampung yang lahir dari keluarga biasa di Bahagian Pedalaman Sabah dikenali sebagai Daerah Sipitang ini. Tiada yang istimewa melainkan tahi lalat yang sering dijadikan bahan senda gurau jika bertemu dengan yang lain. Pernah mencipta nama sebagai Pesilat Solo Puteri Daerah Sipitang merupakan anak kepada Encik Yahya @ Yahaya dan Puan Rohani yang diberi nama Nurul Ain. Memulakan pendidikan awal di Sk Pekan Sipitang dan SMK Pengiran Omar membawa dirinya melanjutkan pengajian dalam bidang Ukur Bangunan di UiTM Seri Iskandar Perak . Memilih untuk menjalani latihan industri di Pejabat Daerah Sipitang membuka peluang untuk dirinya lebih dekat pada pembangunan daerah sendiri dan masyarakat di sana.

Selesai menamatkan pengajian, hajat yang tersimpan di hati adalah memiliki kerjaya dalam bidang yang dipelajari serta duduk di negeri sendiri. Namun ia bukanlah sesuatu yang mudah untuk memperoleh apa yang dikehendaki omputih cakap “You can’t make omelette without breaking eggs” kan menjadikan Ain akhirnya memilih untuk memohon pekerjaan dalam bidang yang lain. Gagal beberapa permohonan serta berjaya melepasi lebih lima temuduga tetapi terletak di Semenanjung menjadikan Ain menolak permohonan tersebut dan terus mencuba mendapatkan pekerjaan di negeri sendiri kerana “Hendak Seribu Daya, tak hendak seribu dalih” akhirnya menemukan Ain dengan iklan pekerjaan daripada sebuah syarikat yang dikenali sebagai Creative Tech Ideas (M) Sdn Bhd. Bermulalah sesi temuduga yang mendebarkan bagi Ain bersama calon yang hadir pada hari temuduga tersebut memandangkan jawatan ini bukanlah bidang yang berkaitan namun Ain meyakinkan diri untuk mencuba setelah lama menanti dan merasakan ini adalah jawapan kepada doanya kepada Allah S.W.T saat melalui hari sukar dan memilih untuk meletakkan sepenuh harap dan yakinnya hanya kepada Dia. Hilangnya rasa gugup bila disambut baik dengan seorang Sumandak yang merupakan Pegawai Pentadbiran iaitu Cik Ivy . Sesi temuduga bersama panel penemuduga iaitu Encik Maximilian merupakan saat yang agak cuak dengan soalan yang sememangnya boleh membuat kita kecut perut dan pantas berfikir. Hebatnya panel penemuduga dengan penerangan yang baik serta soalan yang bernas diajukan. Selesai sahaja sesi temuduga bersama panel diberi kesempatan untuk berjumpa dengan Pengarah iaitu Encik William Lee yang nampak dari parasnya sukar didekati tetapi merupakan seorang yang ramah dan merendah diri, beliau sempat memberi kata-kata semangat bagi setiap calon yang hadir.  Hari pun berganti minggu apabila Ain mendapat khabar gembira yang membuat dirinya meloncat kegembiraan kerana penantiannya akhirnya membuahkan hasil, Sekali lagi Allah memudahkan urusan dan membuka jalan untuknya bangun mencapai cita dan impian bahkan meningkatkan taraf kehidupan ke arah yang lebih baik, sungguh Allah Maha Baik dengan memberi sesuatu sesuai dengan keperluan hambanya. Dengan penuh rasa syukur statusnya bertukar kepada seorang yang berkerjaya yelah zaman tidak bekerja dan hanya duduk dirumah dan berjaya mendapat gelaran “Penanam Anggur” kini sudah boleh dipetik dengan jayanya.

Maka bermulalah perjalanan Ain di Vacazzee .Sebelum menelusuri keindahan dan keunikan kisah Ain di Vacazzee bolehlah umum mengetahui serba sedikit mengenai Vacazzee.

Dengan Visi “ To assist SME’s in tourism industry and FIT’s in travel solution” serta Misi “To become Number One Travel Platform in Malaysian Borneo in 2020” .  Vacazzee bermula pada September 2018 dimana pengasasnya iaitu Encik William Lee pergi ke kawasan luar Bandar di Kiulu untuk bercuti, beliau menyedari bahawa banyak kawasan pelancongan luar Bandar yang memerlukan perhatian daripada agensi pelancongan serta umum untuk menarik lebih banyak pengunjung serta menjana pendapatan yang lebih banyak. Sebagai seorang yang memiliki pengalaman bertahun dan  berkebolehan melaksanakan pelbagai tugasan dalam bidang industri pelancongan serta mempunyai lesen sebagai Pemandu Pelancong, beliau melakukan beberapa analisis dan penyelidikan berkaitan industri pelancongan yang akhirnya menghasilkan buah fikiran untuk menyelesaikan kekurangan pendedahan sosial kepada kawasan pelancongan luar Bandar serta pengembara/pelancong yang bergerak secara sendiri (Free Independent Traveler) melalui inovasi e-platform. Beliau berkongsi buah fikirannya bersama seorang rakan kerja beliau yang merupakan Jurutera Perisian (Software Engineer) merangkap pengasas bersama Vacazzee iaitu Encik Maximilian. Berpandukan kepada lembaga penasihat yang berpengalaman serta professional dalam memberi tunjuk ajar, panduan serta nasihat dari masa ke masa. Beliau akhirnya Berjaya mendaftarkan syarikatnya dan secara rasminya Vacazzee ditubuhkan pada 23 Oktober 2018. Pelbagai cabaran serta kesukaran yang beliau hadapi bersama pasukan Vacazzee. Disember 2018 Vacazzee mula menubuhkan platform media sosial seperti facebook page, instagram, twitter, blog dan juga laman rasmi youtube dengan pelbagai pengisian yang berguna dan menarik sementara menanti selesainya proses pembuatan platform tempahan. Memakan jangka masa yang panjang untuk memberi kepuasan dan kemudahan kepada pelancong yang bakal berkunjung ke Sabah dan juga Sarawak akhirnya website rasmi Vacazzee yang juga merupakan platform menyewa kereta secara dalam talian untuk pandu sendiri bagi memenuhi keperluan pelancong dilancarkan secara rasminya pada 31 Disember 2019.

Budaya dan falsafah
Budaya dan falsafah

“Budaya dan Falsafah dalam syarikat yang menginspirasikan hidup saya”. Berbalik kepada indah dan uniknya kisah Ain di Vacazzee yang lebih mendekatkan dirinya kepada sejarah serta budaya di negeri kelahirannya. Memulakan hari pertamanya pada 2 Disember 2019 ketika mana perasaan janggal menyelubungi diri dek kerana sifat pemalunya yang sukar dilenturkan. Dalam mencuba menyesuaikan diri dengan keadaan dan suasana baru Ain juga berusaha mempelajari serta memahami skop kerjanya yang jauh dari bidang. Namun, semua itu hanya sementara kerana hadirnya rakan sekerja serta Majikan yang sentiasa memberi tunjuk ajar, nasihat dan dorongan. Tak kenal maka tak cinta dah kenal terpaut pulak pada keunikan yang ada di dalam pasukan Vacazzee mana tidaknya kepelbagaian latar belakang,suku kaum seperti Cina,Dusun, Kadazan, Bajau dan Brunei dan agama bukanlah penghalang bahkan menjadi pelengkap diantara satu sama lain dalam menyesuaikan diri serta bertukar pandang dan idea bagi mengembangkan lagi pembangunan Vacazzee. Encik William juga amat mementingkan produktiviti serta sikap sebagaimana perbezaan budaya itu menyatukan. Dengan falsafah bahawa setiap pasukan itu sama rata Encik William sama sekali tidak membenarkan pasukan Vacazzee memanggil beliau sebagai Bos.

Budaya dan falsafah
Budaya dan falsafah
Budaya dan falsafah
Budaya dan falsafah
Budaya dan falsafah

“Budaya dan Falsafah dalam syarikat yang menginspirasikan hidup saya”. Indahnya suasana kerja di Vacazzee apabila Pengasas Encik William, melaksanakan pelbagai aktiviti syarikat bagi mengeratkan lagi hubungan silaturahim dan mewujudkan suasana kerja yang tidak tertekan dengan pengisian aktiviti dalaman mahupun luaran. Menariknya, sukan badminton menjadi pilihan dimana kesemua pasukan Vacazzee akan bersama-sama bermain pada setiap minggu ketika inilah hubungan akan lebih erat bahkan aktiviti seperti ini boleh menyihatkan badan. Selain itu, cuti yang tertentu akan dipilih sebagai hari keluar bersama untuk melakukan aktiviti luaran seperti melawat Muzium, tempat bersejarah  dan tempat menarik di Sabah untuk menelusuri lagi rasa cinta dan mengenal negeri Sabah itu sendiri menarik bukan. Selain itu, Encik William juga sering keluar makan bersama pasukan Vacazzee bezanya ketika kerja hubungan pekerja dan majikan amatlah profesional namun tidak memberi tekanan. Encik William juga amat aktif dalam aktiviti kebajikan dan amat menekankan konsep amal jariah/bersedekah. Beliau juga berazam untuk memberi manfaat kepada setiap pasukan Vacazzee dengan menghantar pasukan yang beragama Islam menunaikan umrah manakala bagi yang tidak beragama islam akan mendapat pakej percutian bersama keluarga. Tabung bantuan juga akan dilaksanakan bagi membantu mereka yang memerlukan di Sabah dan Sarawak sebagai bakti kepada masyarakat.

Inilah Video Pengenalan yang telah diusahakan oleh Vacazzee

Perjalanan dan kisah yang unik mungkin sukar ditemukan di tempat lain. Oleh itu, Ain sangat berbangga menjadi salah seorang diantara Pasukan Vacazzee yang juga merupakan platform kereta sewa pertama di Borneo dan dalam talian secara pandu sendiri bagi keperluan pelancong di Sabah mahupun Sarawak. Daftarlah akaun anda dan rasai sendiri pengalaman bersama Vacazzee . Vacazzee! “Vacation Made Easy” sokonglah produk lokal jika bukan kita siapa lagi . “Budaya dan Falsafah dalam syarikat yang menginspirasikan hidup saya”.

https://www.vacazzee.com/

Leave a Reply