Vacazzee

All about East Malaysia's travel information, people, cultures, news and events

Events

Menarik Mengenai Sambutan Hari Krismas di Donggongon, Penampang?

Adakah anda telah bersedia untuk menyambut Hari Krismas? Bagi yang merayakan Sambutan Hari Krismas, sudah semestinya anda akan sibuk membuat persediaan kerana 25 Disember menjelang tiba.

Sempena sambutan hari krismas di Sabah, Parti Warisan Sabah dengan kerjasama Majlis Daerah Penampang dan Ampal Production, telah menganjurkan satu acara yang berlansung setiap hari bermula 13 Disember 2019 hingga 31 Disember 2019, jam 7:30 petang.

“Donggongon Christmas Wonderland New Year 2020” ini menyediakan pelbagai aktiviti yang menarik sesuai untuk kanak-kanak dan juga orang dewasa. Acara ini telah dirasmikan oleh Ketua Menteri Sabah Y.A.B. Datuk Seri Panglima Haji Mohd. Shafie Bin Haji Apdal.

Selain itu, terdapat banyak bazaar yang menjual pelbagai barangan dan juga makanan yang bakal membuat selera anda bertambah. Luangkan masa bersama keluarga dengan berkunjung ke Perkarangan Tugu Peringatan Datuk Peter Mojuntin, Donggongon.

Link: https://www.facebook.com/events/1143010322570736/

Pengujung juga berpeluang untuk menyaksikan pelbagai pameran dan persembahan yang dipamerkan sepanjang acara tersebut berlangsung. Oleh itu, marilah kita datang beramai-ramai untuk menyokong acara tempatan ini dengan berkunjung ke Tamu Donggongon, Penampang.

Sebagai pengetahuan bersama, terdapat pelbagai aktiviti menarik dan tarikan baharu yang boleh anda kunjungi di Sabah sempena Tahun Melawat Malaysia 2020, tahun hadapan.

Baca

https://vacazzee.blog/2019/07/09/inginkan-pengalaman-seperti-berada-dalam-wayang-lord-of-the-ring-kundasang-adalah-destinasinya/

1 COMMENTS

Leave a Reply