Vacazzee

All about East Malaysia's travel information, people, cultures, news and events

Alat Muzik Traditional Sarawak
People & Culture

Benarkah Alat Muzik Tradisional Sarawak Ini Menjadi Penghubung Dunia?

Adakah benar bahawa alat muzik tradisional daripada Sarawak ini menjadi penghubung dunia? Mari kita kenali sedikit sebanyak tentang alat muzik tradisional ini.

Alat Muzik Tradisional Sarawak
Alat Muzik Tradisional Sarawak, Sape.

PENGENALAN

Alat muzik tradisional yang disebutkan di atas adalah dipanggil Sape. Sape merupakan alat instrumen tradisional bertali daripada keluarga gitar dan mempunyai leher yang pendek.

Ianya dibuat daripada kayu lembut dan biasanya diperbuat daripada kayu meranti.

Alat Muzik Tradisional Sarawak

Sape mempunyai badan yang cukup panjang dan berfungsi sebagai resonator serta mempunyai bentuk yang menyerupai sebuah bot.

Instrumen tradisional ini sangat terkenal bukan sahaja kepada penduduk tempatan malahan pelancong daripada luar negara juga amat menggemari instrumen ini sekiranya mereka melancong ke Sarawak.

SEJARAH ASAL USUL SAPE

Sudah pasti ramai yang tidak mengetahui tentang asal usul instrumen Sape dari mana lahirnya kedatangan alat muzik tradisional Sape ini.

Di Sarawak, penduduk tempatan menggelarnya Sape ataupu Sampek manakala di bahagian Kalimantan pula ianya dipanggil Sampeq.

Pemain Sape.

Sape pada masa dahulu dimainkan adalah untuk memanggil semangat “Bali Dayung” daripada suku kaum Kenyah.

Dalam upacara pemujaan ini apabila semangat Bali Dayung merasuk si Ketua Dayung, beliau boleh membaca manteranya. Bahkan berpijak di bara api pun beliau tidak akan melecur.

Selain itu, Sape dimainkan untuk upacara tarian Ngajat (Kancet), dahulunya sebagai memberi semangat sebelum upacara Ngayau dan meraikan serta menghibur selepas upacara Ngayau.

Pada asalnya, Sape hanya mempunyai 2 hingga 3 tali sahaja. Talinya pula di ambil dari kulit Nipis Buluh yang di panggil “Seling Buluk”.

Pelabagai hiasan yang boleh dibuat di badan Sape seperti gambar ini.

Irama asalnya pulak di ambil melalui mimpi. Kini, Sape menjadi salah satu simbul Muzik Sarawak dan selalu diketengahkan semasa “Rainforest World Music Festival“.

PENGHUBUNG KE SELURUH DUNIA

Wamita tempatan yang mahir bermain Sape.

Persoalannya di sini, benarkah alat muzik tradisional daripada Sarawak ini mampu menjadi penghubung ke seluruh dunia sedangkan Sape hanyalah merupakan alat muzik penduduk tempatan sahaja?

Jawapannya adalah benar. Sape merupakan alat muzik tradisional yang dapat menghubungkan seluruh dunia untuk datang ke Sarawak.

Salah satu bukti yang paling kuat adalah semasa festival yang paling dinanti-nantikan iaitu Rainforest World Music Festival yang dianjurkan pada setiap tahun.

Festival ini mengundang pelbagai muzik tradisi daripada seluruh dunia dan ramai pelancong yang datang ke sini untuk melihat persembahan daripada pemuzik tempatan dan antarabangsa.

Sape menjadi penghubung dunia. Ramai pelancong daripada seluruh dunia menyaksikan persembahan yang melibatkan Sape ini. Sangat menenangkan.

Persembahan yang melibatkan Sape sangat dinantikan kerana alunan irama alat muzik ini sangat merdu dan menenangkan membuatkan ianya menjadi kegemaran seluruh dunia sehingga ke hari ini.

Dengan ketenangan irama Sape ini, seluruh dunia ingin mengenali lebih dekat tentang budaya penduduk tempatan dan ingin mempelajarinya.

Kombinasi Moden bersama Sape semasa persembahan daripada penduduk tempatan Sarawak semasa RWMF2019.

Ianya juga menjadi penghubung ke seluruh dunia sehingga alat muzik ini ditempah khas daripada Sarawak ke seluruh dunia.

Sape juga dilihat sangat serasi dengan kombinasi muzik moden yang menjadi trend dunia pada masa kini.

Keserasian Sape bersama alat Muzik Moden yang dipersembahkan oleh Canang Busker di Gaya Street, Kota Kinabalu, Sabah.

Pada asalnya, Sape hanya mempunya 2, 3 atau 4 tali sahaja tetapi kini Sape juga boleh ditambah menjadi 6 tali.

Di samping itu juga, terdapat juga pelancong antarabangsa yang menetap di Sarawak hanya untuk ingin memahirkan diri menguasai alat muzik Sape.

Alat Muzik Tradisional Sarawak

TUNING SAPE

Salah satu sistem yang biasanya digunakan adalah seperti berikut:

String 1: Tune seperti tengah C piano
String 2: Tune seperti C satu oktaf lebih rendah daripada tengah C
String 3: Tune kepada A, ketiga-ketiga di bawah tengah C
String 4: Tune kepada F, keempat yang sempurna di atas tengah C

KESIMPULAN

Generasi muda tempatan pada masa kini lebih menggemari alat muzik yang lebih moden.

Namun, Sape tidak pernah dilupakan oleh golongan muda tempatan malahan mereka juga mempelajari agar tidak hilang ditelan arus permodenan.

Alat Muzik Tradisional Sarawak

Kesimpulannya, alat muzik tradisional daripada Sarawak ini menjadi penghubung dunia adalah benar.

http://www.angelfire.com/musicals/sapeh/about.html

https://vacazzee.blog/2019/06/20/is-the-sarawak-world-music-festival-able-to-entertain-the-sarawak-stage-this-year/

Leave a Reply