Vacazzee

All about East Malaysia's travel information, people, cultures, news and events

Travel Info

Mengapakah Kuching Harus Berada Di Dalam Senarai Radar Kepada “Digital Nomad” ?

Sebagai seorang Digital Nomad yang berada di Asia Tenggara, ada peluang yang baik untuk anda melakukan perkara yang tidak konvensional.

Jika demikian, anda harus membaca dan belajar tentang tempat yang dijuluki Chiang Mai seterusnya.

Apa yang dikatakan sebenarnya adalah tempat di Kuching, Sarawak.

PENGERTIAN MAKSUD DIGITAL NOMAD

Sebelum kita memulakan topik untuk tajuk ini, anda tentu keliru apa yang dimaksudkan dengan Digital Nomad bukan? Sebelum kita meneruskan topik ini mari berkenalan dengan apakah itu Digital Nomad.

Digital Nomad adalah seseorang yang menggunakan teknologi telekomunikasi untuk mencari nafkah dan, secara amnya, menjalankan kehidupan mereka secara nomad.

Mereka ini merupakan seseorang yang berada daripada negara asing yang menetap di sesuatu tempat yang dituju untuk melakukan kerja mereka secara kehidupan nomad dengan kaedah Digital.

ARUS PERMODENAN

Terletak di bahagian Kepulauan Borneo, Kuching adalah ibu kota Negeri Sarawak.

Kuching merupakan sebuah bandar yang telah lama moden namun mempunyai infrastruktur yang luar biasa dan sangat berhubung kait dengan keindahan alam semula jadi.

Permodenan Kuching dapat dilihat semula pada 1841, ketika James Brooke yang sedang berlayar di Kepulauan Melayu, membantu Raja Brunei menghancurkan pemberontakan di selatan Borneo.

Sebagai ganjaran, Sultan Omar Ali Saifuddin II dari Brunei memberi beliau Sarawak, sebuah tanah yang berlimpah dan kebanyakan hutan tebal yang didiami oleh puak pribumi yang terkenal dan sangat berbahaya.

Ianya merupakan serba sedikit sejarah tentang permodenan di Kuching yang dapat dilihat bertahun lamanya dahulu.

TEORI BANDARAYA KUCHING

Kuching digelar sebagai “The City of Cats”. Anda akan dapat melihat mural dan patung kucing di mana-mana di pusat bandar. Obsesi bandar benar-benar berasal dari namanya.

Ada juga yang mendakwa bandar ini dinamakan sempena pokok-pokok yang pernah tumbuh di seluruh kawasan itu, yang mengandungi buah-buahan kecil yang dipanggil “buah mata kucing” yang seakan menyerupai buah laici.

Teori terakhir adalah nama itu dipilih apabila penduduk menemui kucing pendek yang tinggal di sepanjang tebing Sungai Sarawak yang mengalir melalui bandar.

Ketika anda berjalan-jalan di Kuching, anda akan merasakan jiwa bandar tersebut di bangunan bersejarahnya, seni jalanan yang padat, dan penduduknya yang peramah dan mesra.

Dengan hutan hujan yang subur dan Laut China Selatan yang berhampiran, kedesaan yang penuh kesucian dengan semua kemewahan sebuah bandar moden, Kuching adalah tempat yang sempurna bagi seseorang Nomad Digital yang inginkan persekitaran yang ideal untuk bekerja.

MENGAPAKAH SEORANG DIGITAL NOMAD MELETAKKAN DIRI MEREKA DI KUCHING?

Kebanyakan pengembara Digital Nomad merasakan Kuching merupakan tempat yang aman dan tenang untuk memberikan tumpuan kepada kerja mereka.

Penduduk di Bandaraya Kuching juga sangat peramah, baik dan saling menghormarti.

Kebanyakan penduduk dapat bertutur dalam bahasa Inggeris membuatkan Digital Nomad ini senang untuk berkomunikasi dengan penduduk tempatan yang berada di Kuching yang tidak sama situasinya berbanding di negara Asia yang lain.

Trend kehidupan ber-Digital Nomad juga sering dilihat di Kuching, Sarawak dengan kedatangannya yang meningkat ketika sektor pelancongan di Sarawak semakin membangun.

Ianya adalah kepentingan untuk mempunyai komuniti yang kukuh dan pembaikan infrastruktur yang berterusan untuk Nomads Digital di Sarawak.

BAGAIMAKAH ANDA BERGERAK DI SEKITAR BANDAR?

Kuching adalah bandar yang paling mesra pejalan kaki di Malaysia, terutamanya jika anda tinggal di sekitar pusat bandar.

Sewa kereta atau motosikal boleh didapati disini tetapi amat disyorkan untuk menggunakan perkhidmatan Grab (bersamaan dengan Uber) dan Maxim. Kedua-dua aplikasi berfungsi dengan sempurna di sekitar Kuching.

HIDANGAN YANG MEYELERAKAN

Sudah tiba masanya untuk mendapatkan makanan yang lazat untuk mengisi perut anda yang lapar!

Dengan pelbagai hidangan dari suku asli serta budaya Cina, Melayu dan India, anda tidak akan pernah kehabisan perkara baru untuk mendapatkan makanan untuk memenuhi selera anda.

Salah satu hidangan paling terkenal yang anda mesti cuba ialah Sarawak Laksa. Hidangan sarapan pagi ini khas dari Sarawak dibuat daripada kuah berasaskan udang khas yang dikentalkan dengan santan.

Dihidangkan dengan porselen telur dadar, pucuk kacang, kacang goreng, dan isi udang serta calamanzi limau untuk zest tambahan dan sambal tebal di sebelah.

Antara hidangan lain yang harus dicuba di Kuching termasuk Kolo Mee dan makanan tradisional asli daripada Sarawak.

DIMANAKAH BERLAKUNYA “MAGIK” KEPADA NOMAD DIGITAL?

Terdapat beberapa ruang kerja bersama yang disediakan tetapi kurator utama komuniti nomad digital adalah iCube Innovation.

Mereka mempunyai kemudahan yang paling “up-to-date” untuk mendapatkan ruang kerja yang paling selesa bagi seseorang Nomad Digital yang menempatkan diri mereka di Kuching.

Selain daripada iCube, ruang kerja bersama yang menarik di Kuching adalah MaGIC Sarawak dan The 381 Hub.

Terdapat juga kafe yang terdekat di kawasan bandar bagi Nomad Digital yang inginkan pertukaran suasana yang mereka inginkan.

APA LAGI YANG PERLU DILAKUKAN?

Selepas bekerja dengan gigih dan menamatkan kerja beberapa bulan dalam beberapa hari, ianya digalakkan untuk melakukan beberapa lawatan untuk melengkapi kehidupan sebagai Digital Nomad.

Selain daripada persekitaran yang dijanjikan dan tempat yang selesa, pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan untuk mendekatkan diri dengan alam semulajadi.

Apabila anda ingin keluar dari bandar, anda boleh pergi ke tempat yang jauh daripada kawasan sekitar Kuching.

Miri adalah destinasi menarik, lebih meriah daripada Kuching, ia juga merupaka tempat menyelam terbaik di Malaysia.

Kesimpulannya, Kuching adalah destinasi sempurna untuk Digital Nomad. Jika anda seseorang nomad digital yang mencari tempat yang aman dan tenang untuk melakukan beberapa kerja, Kuching pastinya akan berada di dalam radar anda.

Leave a Reply