Vacazzee

All about East Malaysia's travel information, people, cultures, news and events

Travel Info

Mengapakah Ramai Penduduk di Sabah Memandu Kereta “Hailaks” atau “Forwil”?

Sabah, Negeri di Bawah Bayu. Merupakan tumpuan pelancong bukan sahaja tempatan tetapi juga daripada seluruh pelusuk dunia. Keindahan Gunung Kinabalu yang merupakan ikon terbesar di Sabah.

Sekiranya anda melancong ke Sabah pastinya anda tertanya-tanya mengapakah kereta pacuan empat roda atau lebih selesa dikenali sebagai “forwil” mahupun “hailak” banyak terdapat di Sabah?

Tidak kisah kau pakai Nissan Navara ka, Mitsubishi Triton ka, Ford Ranger ka Hilux ka di Sabah dia kena panggil dua saja nama tu, HAILAKS atau FORWIL.

Semestinya anda juga akan berasa hairan tentang kereta ini banyak dimiliki oleh kebanyakan orang Sabah yang tinggal di bahagian kampung mahupun bandar bukan?

Biarpun hujan membasahi bumi, masih teguh berdiri. FORWIL!

Jangan hairan kawan-kawan, mereka ingin memiliki kereta pacuan empat roda ini bukanlah untuk niat ingin menunjuk ataupun penduduk Sabah mempunyai citarasa yang tinggi.

Ianya disebabkan faktor kondisi jalan terutama jalan kampung ataupun kawasan gunung yang kurang berkualiti disebabkan banyak lori balak mahupun seangkatan dengannya melalui jalan tersebut.

Dengan adanya “forwil” yang mereka miliki, ianya akan memudahkan mereka untuk pergi ke mana-mana kerana kondisi jalannya masih tidak begitu baik.

Tambahan pula, kebanyakan mereka yang memiliki “forwil” di Sabah ini merupakan pekerja atau pemilik yang bekerja di ladang, ternakan ataupun tempat tarikan pelancong yang memudahkan urusan seharian mereka.

Kekuatan FORWIL hingga dapat melalui batu-batuan.

Kebanyakan penduduk di Sabah sangat cekap mengendalikan kereta pacuan empat roda ini sehingga terdapat banyak acara-acara yang selalu dianjur melibatkan berkenaan dengan kereta pacuan empat roda ini.

Antara acara terkenal yang menjadi tumpuan di mata antarabangsa yang sangat dinantikan adalah Borneo Safari International Off Road Challenge yang dianjurkan pada setiap tahun.

Acara seperti ini memberikan manfaat kepada pelancongan di Sabah kerana acara ini bukan sahaja disaksikan oleh penduduk tempatan tetapi datang daripada seluruh dunia untuk tidak ketinggalan sama ada menjadi peserta ataupun penonton.

Selain daripada Borneo Safari, terdapat juga beberapa acara yang melibatkan “forwil” di Sabah yang juga tidak kurang hebatnya dengan Borneo Safari.

Adakah anda ingin merasai untuk memandu kereta pacuan empat roda ini di Sabah semasa lawatan anda ke sini? Pastinya anda harus mencubanya kerana ianya sangat berbeza memandu di Sabah menggunakan “forwil”.

Dengan pemandangan di sekitar Sabah yang sangat indah, anda tidak akan mempunyai masalah untuk pergi ke mana sahaja walaupun tempat percutian anda mempunyai kondisi jalan yang kurang baik ataupun berbukit.

Oleh itu, sememangnya anda memerlukan kereta sewa yang kuat dan keras untuk meneruskan perjalanan sekiranya anda inginkan keselesaan yang ekstrim semasa percutian ke Sabah. “Forwil” adalah pilihan yang terbaik untuk anda.

SELAMAT BERCUTI !!!

Leave a Reply