Vacazzee

All about East Malaysia's travel information, people, cultures, news and events

Events

Pertempuran dua “gergasi merah” bakal menggegarkan Stadium Likas, Sabah

Bagi peminat bola sepak Liga Perdana Inggeris, ianya merupakan satu peluang yang amat besar. Siapa sangka pertempuran di antara dua gergasi bola sepak Liga Perdana Inggeris “Gergasi Merah” ini akan beraksi di pentas Stadium Likas, Sabah?

Stadium Likas, Kota Kinabalu Sabah.

Firm Horizon Sdn Bhd bersama-sama dengan Masters Football Asia mengumumkan kedatangan pertandingan bolasepak ‘The Battle of the Reds’ di Sabah iaitu pasukan Liverpool dan Manchester United.

Buat pertama kalinya di Kota Kinabalu, perlawanan itu akan menampilkan 32 bekas pemain LFC & MUFC yang bakal beraksi di Stadium Likas pada 20 November 2019 jam 7.30 malam.

Demam bola sepak itu akan dihidupkan bermula pada 16 November dengan banyak aktiviti menarik dan acara di mana para peminat boleh mengambil bahagian dan melihat sekumpulan ikon bola sepak kegemaran mereka.

Wakil Liverpool Reds – Jason McAteer (midfielder yang bermain di Anfiend dari 1995 hingga 1999, yang dikenali kerana kawalannya), Steve McManaman, Peter Crouch, Emile Heskey, David James, Jari Litmanen, John Arne Riise, Dietmar Hamann dan Danny Murphy.

Bagi Manchester Reds – Teddy Sheringham, Ronny Johnsen, Mikael Silvestre, Clayton Blackmore, Keith Gillespie, Ben Thornley, Paul Rachubka dan Wes Brown.

Pelancaran ‘The Battle of the Reds’ telah dirasmikan oleh Timbalan Ketua Menteri & Pelancongan, Menteri Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah YB Datuk Christina Liew.

Pelancaran “The Battle of the Reds”.

Turut serta iaitu Menteri Pembangunan Infrastruktur YB Datuk Peter Anthony, yang juga Presiden Persatuan Bolasepak Sabah (SAFA) dan Menteri Belia dan Sukan, YB Ginger Phoong.

Pelancaran tersebut turut disertai pemain legenda kelab masing-masing, John Arne Riise (LFC) dan Ronny Johnsen (MUFC) di Marriot Kinabalu Hotel baru-baru ini.

Pengarah Masters Football Asia, Ian Holahan menyatakan perasaan mereka ketika ini yang sangat gembira dapat membawa gergasi bola sepak ini ke Kota Kinabalu Sabah.

Bola sepak adalah sukan yang ditonton oleh semua lapisan masyarakat dan acara seperti ini memberikan peluang besar bagi keluarga untuk berkumpul untuk melihat acara seperti ini.

Ian Holahan juga amat berharap agar peminat, tidak kira sama ada yang tua ataupun yang muda, akan terus menyokong dan menunjukkan sokongan mereka terhadap sukan bola sepak.

Peminat boleh mendapatkan tiket mereka dalam talian secara eksklusif di Shopee di https://shopee.com.my/m/mfa , dengan harga RM150, RM280, RM380 dan RM1900; hanya terdapat 14,600 tiket yang dikeluarkan. Siapa cepat dia dapat.

Leave a Reply