Vacazzee

All about East Malaysia's travel information, people, cultures, news and events

Events

Pantai Tanjung Aru Bakal “Menggegarkan” October ini Dengan Keseronokkan.

Gegaran yang akan berlangsung pada penghujung bulan October ini semakin hampir. Perisitiwa ini bakal dikunjungi oleh penduduk tempatan dan pelancong tempatan dan antarabangsa.

Terletak berdekatan dengan Bandaraya Kota Kinabalu, jarak daripada pusat bandaraya ialah 6.8 Kilometer.

Bergantung kepada laluan, ianya hanya mengambil masa 10 minit sekiranya tidak berlaku kesesakan dan mungkin 30 minit ke atas sekiranya berlaku kesesakan jalan raya di kawasan itu.

Anda boleh menaiki kenderaan awam seperti bas mini dan juga teksi. Di bandar juga terdapat perkhidmatan e-hailing seperti GRAB, Borride, Mycar dan banyak lagi.

Sekiranya anda membawa kereta sendiri, ianya menjadi satu kelebihan untuk anda bersiar-siar di kawasan Tanjung Aru dan menikmati pemandangan pantai yang cukup indah.

Ini adalah peluang anda untuk melihat “gegaran” ini yang cukup menghiburkan anda, keluarga, rakan-rakan ataupun kekasih anda.

Anda dijemput untuk datang beramai-ramai untuk memeriahkan tempat paling cantik untuk melihat “matahari terbenam di Bandar” ini iaitu Tanjung Aru Beach Festival 2019 (TABF2019).

Acara TABF2019 akan diadakan dua hari iaitu pada 26 dan 27 October 2019, bermula pada jam 9 pagi sehingga 10 malam yang bertempat di Prince Phillip Park, Tanjung Aru, Kota Kinabalu, Sabah.

Di samping itu, terokai pengalaman anda untuk mengenali lebih dekat dengan Bandaraya Kota Kinabalu dengan melawat beberapa “booths” yang mempamerkan kerja mereka.

Artis tempatan yang berbakat juga akan mempamerkan karya seni mereka sepanjang festival. Mereka akan menghiburkan dan mengejutkan anda dengan pelbagai karya seni yang akan membuatkan anda terpegun.

Di acara itu, anda juga dapat melakukan aktiviti yang cukup untuk menggembirakan anda samaada dengan keluarga ataupun rakan-rakan serta kekasih anda.

Anda boleh mengambil bahagian dalam beberapa aktiviti pantai atau sukan seperti papan luncur air, permainan bola tampar pantai, Zumba, bola sepak, yoga, dan banyak lagi yang boleh dilakukan semasa TABF2019.

Lapar? Jangan risau kerana kunjungan anda tidak akan disia-siakan oleh pengusaha makanan “food truck” yang akan menemani selera anda semasa kunjungan ke Pantai Tanjung Aru daripada masakan tempatan hingga barat .

Antara “Gegaran”nya yang anda boleh sertai adalah:

  1. Borneo Fusion Dance Competition
  2. Beach Cleaning Activity
  3. Zumba with Zin RizalChubz
  4. Surf Try Out
  5. Live Animal Show
  6. Touch Pool Aquarium
  7. Sunset Yoga
  8. Beach Soccer 3-on-3
  9. Limbo Rock

Bukan itu sahaja, terdapat banyak lagi aktiviti menarik yang anda boleh lakukan semasa acara TABF2019 berlangsung. Luangkan masa cuti anda ke Tanjung Aru dan datanglah beramai-ramai.

Jumpa anda di sana!

Jumpa kita di Tanjung Aru Beach Festival 2019!

By: Shamsul

Leave a Reply