Vacazzee

All about East Malaysia's travel information, people, cultures, news and events

News

4 Perkara yang perlu anda tahu sebelum melancong ke Sarawak sempena Tahun Melawat Malaysia 2020.

Sarawak merupakan salah satu destinasi pelancongan di Borneo Malaysia yang tidak pernah mengecewakan pengunjung yang datang berkunjung. Kepelbagaian dan keunikan tempat di Sarawak menjadikan ianya sebagai salah satu pusat pelancongan yang terkenal di Malaysia.

“Sarawak Forestry” merupakan satu badan kerajaan yang ditubuhkan bertujuan untuk mengurusan hutan dan pemuliharaan hutan di Sarawak. Pertubuhan ini telah mengumumkan beberapa perkara penting yang perlu anda ketahui sebelum melancong ke Sarawak.

Antaranya ialah:

Samajaya Nature Reserve

1.“Samajaya Nature Reserve” kini DIBUKA untuk orang awam. Hutan Sama Jaya ini memberi peluang kepada pengunjung untuk merasakan pengalaman suasana tenang yang sangat berbeza dengan kehidupan di bandar.

2. Visitor Information Centre (VIC), pusat informasi untuk pelancong akan berpindah ke Old Court House Kuching  dan akan mula beropersi bermula 23 Oktober 2019.

3. Akses jalan raya dari pondok jualan tiket ke Pusat Hidupan Liar Semenggoh akan ditutup buat sementara waktu bermula 1hb November 2019 untuk tujuan pempaikan jalan yang disebabkan oleh tanah runtuh.

Taman Negara di Sarawak

4. Semasa musim tengkujuh dari 1 November 2019 hingga 30 Mac 2020, kebanyakan aktiviti taman akan terjejas. Berikut adalah senarai taman yang akan terjejas.

  • Taman Negara Bako
  1. Bot hanya akan disediakan mengikut keadaan laut.
  2. Semua pengujung hendaklah mengupah seorang Guide yang mempunyai lesen untuk aktiviti lasak seperti trekking.
  3. Perjalanan ke pulau Lakei, timbunan laut atau pantai Pandan Kechil akan berhentikan buat sementara waktu.
  4. Hanya mereka yang fizikal yang sesuai, dengan pakaian yang sesuai dan dalam usia 18 – 65 tahun dibenarkan pergi untuk trekking hutan.
  5. Semua pelawat yang berumur di bawah 18 tahun atau ke atas 65 tahun mesti disertai oleh keluarga mereka.
  6. Sekiranya hujan turun sepanjang malam, aktiviti lasak seperti “Jungle Trekking” adalah dilarang.
  7. Pelawat tidak dibenarkan untuk berjalan di trek pada waktu malam.
  8. Pelawat tidak dibenarkan untuk mandi di laut.
    • Bako National Park terminal: 082-370434, Bako Park Guide Group: 019-8488119, Boat Association: 011-19646870 or 013-862721
  • Taman Negara Kubah
  1. Laluan air terjun akan ditutup buat sementara waktu.
  2. Pengunjung hanya dibenarkan untuk mendaki ke puncak Gunong Serapi bermula pada jam 8 pagi hingga 9 pagi dan mesti kembali ke HQ sebelum atau selewat-lewatnya pada jam 4 petang. Pelawat yang tidak mematuhi masa yang ditetapkan tidak akan dibenarkan untuk mendaki.
  3. Hanya mereka yang fizikal yang sesuai, dengan pakaian yang sesuai dan dalam usia 18 – 65 tahun dibenarkan pergi untuk trekking hutan.
  4. Semua pelawat yang berumur di bawah 18 tahun atau ke atas 65 tahun mesti disertai oleh keluarga mereka.
  5. Sekiranya hujan turun sepanjang malam, aktiviti lasak seperti “Jungle Trekking” adalah dilarang.
  6. Aktiviti mencari katak hanya dibenarkan di kawasan taman sahaja.
    • Kubah National Park: 082-370264 / 370422
  • Pusat Hidupan Liar Matang
  1. Laluan Rayu ditutup buat sementara waktu untuk aktiviti “Jungle Trekking”.
  2. Pelawat tidak dibenarkan untuk mandi di sepanjang laut.
    • Matang Wildlife Centre: 082-374869
  • Taman Negara Gunung Gading
  1. Pengunjung hanya dibenarkan untuk mendaki ke puncak Gunung Gading bermula pada jam 8 pagi hingga 9 pagi dan mesti kembali ke HQ sebelum atau selewat-lewatnya pada jam 4 petang. Pelawat yang tidak mematuhhi masa yang ditetapkan tidak akan dibenarkan untuk mendaki.
  2. Hanya mereka yang fizikal yang sesuai, dengan pakaian yang sesuai dan dalam usia 18 – 65 tahun dibenarkan pergi untuk trekking hutan.
  3. Semua pelawat yang berumur di bawah 18 tahun atau ke atas 65 tahun mesti disertai oleh keluarga mereka.
  4. Sekiranya hujan turun sepanjang malam, aktiviti lasak seperti “Jungle Trekking” adalah dilarang.
  5. Sebarang aktiviti air untuk air terjun adalah dilarang.
    • Gunung Gading National Park: 082-735144
  • Taman Negara Santubong
  1. Hanya mereka yang fizikal yang sesuai, dengan pakaian yang sesuai dan dalam usia 18 – 65 tahun dibenarkan pergi untuk trekking hutan.
  2. Semua pelawat yang berumur di bawah 18 tahun atau ke atas 65 tahun mesti disertai oleh keluarga mereka.
  3. Sekiranya hujan turun sepanjang malam, aktiviti lasak seperti “Jungle Trekking” adalah dilarang.
  4. Pelawat tidak dibenarkan untuk berjalan di trek pada waktu malam.
  5. Pelawat tidak dibenarkan untuk mandi di sepanjang laut.
    • Santubong National Park: 013-8274202
  • Taman Negara Tanjung Datu
  1. Pelawat tidak dibenarkan untuk mandi di sepanjang laut
    • Tanjung Datu National Park: 082-248088
  • Taman Negara Talang Satang
  1. Program “Turtle Adoption” akan dihentikan buat sementara waktu.
    • Talang Satang National Park: 082-248088
  • Hutan Simpan Gua Angin
  1. Pengunjung tidak dibenarkan untuk melawat Hutan Simpan Gua Angin sekiranya hujan turun tanpa henti selama 2 hari.
    • Wind Cave Nature Reserve: 082-375490

Oleh itu, anda dinasihati untuk menghubungi pegawai bertugas di destinasi-destinasi yang disenaraikan diatas sebelum bertolak agar percutian anda tidak sia-sia.

Leave a Reply