Vacazzee

All about East Malaysia's travel information, people, cultures, news and events

News

Benarkah Tarikan “Luxury Yacht” Dapat Meningkatkan Lagi Pelancongan di Semporna?

Pelancong pada masa kini lebih banyak menghabiskan masa mereka di Semporna kerana ianya merupakan “pintu masuk” untuk melangkah ke kawasan menyelam terbaik di Sabah seperti Pulau Mabul dan Pulau Sipadan.

Apakah itu “Luxury Yacht”? Ianya merupakan sebuah kapal layar mewah yang berjalan di atas laut bagi menikmati pemandangan di laut dalam satu perjalanan.

Ianya juga merupakan salah satu kenderaan yang menghubungkan Semporna kepada tempat-tempat menariknya yang menjadi tumpuan kepada Para Pelancong.

Pada bulan July yang lalu, sebuah Syarikat China iaitu Lazy Cat International telah melancarkan Borneo Serenity, iaitu kapal mewah yang memenuhi permintaan pelancong.

Ianya merupakan sesuatu yang menakjubkan di dalam sektor pelancongan Semporna. Syarikat itu sering bekerjasama dengan pemain pelancongan di Sabah ini sentiasa memberikan idea baru untuk menarik pelancong muda ke negeri ini.

Borneo Serenity telah dirasmikam di jeti Marina Sutera Harbour Resort. Dibina di China dengan reka bentuk Eropah, Borneo Serenity yang menelan belanja sebanyak 5.9 Juta ini dan dapat menampuk seramai 60 orang.

Pembangunan pelancongan yang pesat di negeri Sabah dalam beberapa tahun kebelakangan ini agak bertepatan dengan peningkatan bilangan pelancong China yang melawat Sabah setiap tahun.

Statistik daripada Sabah Tourism Board (STB) pada tahun 2018 menunjukkan iaitu 593,623 merupakan pelancong daripada China yang melawat negeri di bawah bayu ini. Statistik menunjukkan 93 penerbangan berjadual dari china ke Kota Kinabalu dan penerbangan charter sepanjang tahun.

Kebanyakkan daripada mereka mungkin telah melawat Kota Kinabalu pada perjalanan pertama mereka dan memperluaskan pengembaraan mereka ke pantai timur Sabah.

Disebabkan keghairahan pelancong China untuk merasai pantai berpasir putih dan halus di Sabah, ianya membuatkan mereka berada seperti di Pantai Maldives yang jernih. Di Kota Kinabalu sendiri merupakan salah satu daripada 3 tempat matahari terbenam yang tercantik di dunia.

Pelancongan di Sabah bukan sahaja tertumpu dengan aktiviti pantai tetapi juga penuh dengan tempat tarikan, tempat melihat hidupan liar dan juga aktiviti kebudayaan yang masih dipelihara.

Dengan wujudnya pelancongan kapal mewah ini akan mempertingkatkan lagi pelancongan di pantai Timur khususnya buat pelancong daripada China kerana mereka memberikan sumbangan yang besar dalam sektor pelancongan di Sabah.

By: Shamsul

Leave a Reply