Vacazzee

All about East Malaysia's travel information, people, cultures, news and events

Travel Info

“Starter Pack” untuk 2 hari 1 malam di Kundasang-Ranau, Sabah. Harus baca sampai habis…

Semakin ramai pengunjung daripada semenanjung Malaysia yang datang ke Kundasang-Ranau pada masa ini untuk melihat keindahan alam semulajadi dan aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan serta melihat binaan dan dekorasi yang unik terdapat di sana.

Selalunya, pengunjung akan merancang lebih awal untuk jadual perjalanan mereka ke Kundasang – Ranau sebagai destinasi percutian mereka. Tetapi adakah jadual tersebut dirancang dengan telus?

Untuk penulisan kali, vacazzee.blog akan memberitahu tips untuk merancang jadual perjalanan ke Kundasang – Ranau kepada pelancong Semenanjung Malaysia yang bergerak sendiri tanpa agensi agar berasa berpuas hati dengan percutian mereka di Kundasang – Ranau di Sabah.

PENYEWAAN KERETA ATAU PENGANGKUTAN AWAM?

Kebanyakkan pengunjung daripada Semenanjung Malaysia ketika melawat Kundasang – Ranau yang bergerak sendiri tanpa agensi pelancongan atau lebih sesuai dikenali sebagai “Free Independent Travelers (FITs)” akan merancang perjalanan mereka dengan menyewa kereta ataupun kenderaan awam.

Di Sabah, pengunjung daripada Semenanjung Malaysia digalakkan untuk menyewa kereta sewa berlesen disebabkan faktor kekurangan sistem pengangkutan awam.

Pengangkutan awam di Sabah tidak sama seperti yang terdapat di semenanjung yang mempunyai banyak pengangkutan awam seperti LRT dan MRT untuk merancang perjalanan lebih mudah.

Faktor ini akan menyulitkan perjalanan untuk menuju destinasi Kundasang-Ranau yang telah dirancang sekiranya tiada perancangan yang telus.

Sekiranya anda merancang perjalanan anda dengan betul, anda akan berpuas hati dan dapat menikmati keindahan dan aktiviti menyeronokkan yang terdapat di Kundasang-Ranau dengan bebas.

LAWATAN KE KUNDASANG – RANAU UNTUK 2 HARI:

HARI PERTAMA

06:00 – 08:00 TINGGI_TINGGI GUNUNG KINABALU.

Masa yang paling sesuai untuk bertolak daripada Kota Kinabalu (sekiranya anda menginap di sini) ke Kundasang – Ranau ini adalah awal pagi di antara jam 6 pagi hingga 6:30 pagi.

Perjalanan untuk ke Kundasang mengambil masa selama 2 jam untuk tiba dan 2 jam 30 minit ke Ranau.

Anda boleh berhenti di Kinabalu Park mengambil photo kenang-kenangan sambil berhenti di tepi jalan mengambil photo bersama Gunung Kinabalu yang jelas kelihatan.

09:00 – 10:00 NIKMATI SUSU SEGAR DAN TERNAKAN SEPERTI DI NEW ZEALAND.

Setelah selesai daripada Pekan Nabalu, anda boleh bertolak ke Desa Dairy Farm. Tidak perlu ke New Zealand untuk melihat ternakan lembu “POLKADOT” kerana di Desa Dairy Farm juga ada ternakan seperti ini.

Dengan latar belakang Gunung Kinabalu di sini, anda akan merasakan anda berada di New Zealand disebabkan cuacanya yang dingin dan pemandangan alam semulajadi yang sangat menakjubkan.

Selain itu, anda juga boleh menikmati susu segar yang terdapat di sini. Ianya sangat menyegarkan dan lazat.

10:30 – 11:30 KELINCAHAN ARNAB YANG COMEL.

Arnab Village kini menjadi salah satu tarikan pelancong di sini dan apa yang lebih menggembirakan ialah para pengunjung dapat mendekati ratusan arnab.

Tempat ini sememangnya sesuai bagi anda yang menyukai haiwan yang comel ini. Di sini, anda boleh memberi makanan kepada arnab-arnab dengan syarat makanan diperolehi daripada kaunter pendaftaran tadi.

Taman Arnab di Kampung Purakagis juga mempunyai peraturan. Secara ringkasnya, jangan melakukan perkara yang boleh mendatangkan kecederaan terhadap arnab di dalam taman.

12:00 – 14:30 MAKAN TENGAHARI DAN DAFTAR MASUK HOTEL ATAU HOMESTAY

Sebelum ke tempat penginapan, anda perlu mengisi perut anda terlebih dahulu di Pekan Kundasang untuk menikmati makan tengahari anda. Terdapat banyak tempat untuk menikmati makanan tengahari anda di Pekan Kundasang. Jangan risau ya kawan-kawan.

Terdapat banyak penginapan yang berada di Kundasang. Anda perlu mendaftar masuk terlebih dahulu untuk penginapan ataupun hotel berdekatan. Pasti anda penat berjalan seharian dan perlukan rehat yang cukup sebelum meneruskan perjalanan anda.

17:00 – 17:45 PASAR BUAH-BUAHAN YANG TERKENAL.

Pada petang hari sekitar jam 5 petang, anda boleh mengunjungi pasar buah-buahan selepas berehat. Pasar ini sangat terkenal kepada para pengunjung tempatan dan antarabangsa untuk membeli buah tangan.

Paling menarik adalah ianya merupakan buah-buahan yang segar.Bukan buah-buahan sahaja yang terdapat di sini. Anda juga boleh mendapatkan sayur-sayuran segar yang mempunyai pelbagai jenis. Semestinya anda akan berpuas hati.

18:00 – 20:00 WAKTU KUALITI BERSAMA KELUARGA ATAU RAKAN-RAKAN

Nikmati hidangan makan malam anda di Kundasang. Anda boleh memilih pelbagai tempat yang ada di Kundasang untuk menikmati makan malam anda. Hayati waktu kualiti anda bersama dengan keluarga atau rakan-rakan anda.

Antara tempat untuk anda menikmati makan malam yang dicadangkan adalah Nabalu Lodge kerana mereka ada menyediakan servis steamboat dan yang pasti anda tidak akan rasa menyesal untuk menikmatinya.

Inilah jadual perjalanan hari pertama anda ketika datang ke Kundasang. Jangan lupa untuk mengumpulkan tenaga ataupun cukupka rehat anda untuk hari kedua waktu jadual perjalanan anda ke Ranau.

HARI KEDUA

08:00 – 08:45 SARAPAN PAGI DAN DAFTAR KELUAR.

Setelah bangun daripada tidur dan bersiap. Jangan lupa untuk bersarapan dan mendaftar keluar daripada penginapan anda.

09:00 – 09:45 RATUSAN IKAN MENGELILINGI ANDA

Luanti Fish Spa ini terletak di Kampung “Tagal” Sungai Moroli, Kampung Luanti di daerah Ranau.

Tagal bermakna ‘tidak memancing’ dalam dialek tempatan Kadazan Dusun dan ia adalah satu usaha kolektif dari masyarakat tempatan untuk memelihara alam sekitar dan ekosistem sungai.

Inilah SPA ikan yang sebenarnya! Ikan-ikan juga ada yang bersaiz besar tetapi jangan risau, mereka sangat lembut dan tidak bertaring.

10:30 – 12:00 KOLAM AIR PANAS YANG MENYEGARKAN.

Setelah selesai daripada Tagal Fish Spa di Luanti, anda boleh terus bergerak daripada Poring Hotspring di Ranau untuk menikmati Kolam Air Panas yang menyegarkan.

Semestinya tidak lengkap sekiranya anda tidak berkunjung ke tempat ini untuk menghabiskan jadual perjalanan anda. Di Poring Hotspring, ianya menawarkan pelbagai aktiviti kepada pengunjung.

Bergembira dengan melawat ke Poring Hotspring agar perjalanan anda lengkap dan anda berpuas hati sebelum meninggalkan Ranau-Kundasang ini.

12:30 – 13:30 MAKAN TENGAHARI DAN KEMBALI KE TAMPARULI

15:30 MUZIUM PATUNG BUDAYA SABAH

Sepanjang perjalanan untuk anda kembali ke Ibu Negeri, anda juga berkesempatan untuk melawat Chanteek Borneo, iaitu Muzium yang memelihara budaya yang terdapat di Sabah dengan menggunakan anak patung. Hebat kan!

Setelah tiba untuk masuk ke daerah Tamparuli, anda dapat melihat Chanteek Borneo berdekatan daerah Tamparuli. Tidak dinafikan anda dapat mempelajari budaya dan etnik yang terdapat di Sabah semasa kunjungan anda.

Mereka juga ada menjual cenderamata sebagai buah tangan kepada pelawat yang melawat di Chanteek Borneo. Sangat mengujakan!

PENGINAPAN BERDEKATAN KUNDASANG-RANAU:

Terdapat banyak penginapan yang terdapat di Kundasang-Ranau. Berikut adalah 10 tempat dengan dekorasi dan pemandangan yang menarik serta harga yang berpatutan untuk anda menginap di Kundasang dan Ranau.

KUNDASANG :

  • Nickgold Garden
  • Crystal Hill R
  • Strawberry Garden
  • Kinabalu Valley Homestay
  • Skyville Zen Resort
  • Happy Village Kundasang
  • Kinabalu Pine Resort
  • Oppa 28 Hotel
  • B-Inspired Abode
  • Culvert View

RANAU :

  • Sabah Tea Resort Cottage
  • Lodge 88
  • Mesilau Nature Resort
  • Liwagu Lodge
  • Slagon Homestay
  • Sutera Sanctuary Lodges
  • Huda Inn
  • Marakau Cabin Lodge
  • Walai D’Alyya Homestay
  • Lohan Homestay

Sudah tentu masih banyak lagi tempat yang anda boleh kunjungi di Kundasang-Ranau. Penulisan blog kali ini adalah untuk tips jadual perjalanan anda.

Yang paling penting anda perlu merancang dimanakah tempat yang harus dituju agar anda dapat mengatur perjalanan anda. Selain itu, utamakan keselamatan semasa perjalanan anda.

Selamat Bercuti !

Daripada : Mohd Shamsul bin Jantan.

Leave a Reply