Vacazzee

All about East Malaysia's travel information, people, cultures, news and events

Travel Info

Tapak “The Blue Hole” berada di Sabah? Penemuan yang Menakjubkan sebagai Tapak Pelancongan.

Teluk Darvel diyakini mampu menarik kedatangan pelancong daripada seluruh dunia berikutan penemuan tapak skuba yang unik dikenali sebagai “The Blue Hole”. Ianya terletak di daerah Lahad Datu.

Penemuan itu direkodkan pada 14hb Februari yang lalu oleh penyelam-penyelam skuba termasuk penyelidik daripada Taman-Taman Sabah yang mengikuti aktiviti saintifik bagi mengumpul sumber data marin di serata Teluk Darvel.

Apa yang lebih menarik adalah “The Blue Hole” tersebut mempunyai dua lubang biru berbanding “Blue Hole” lain di dunia yang hanya mempunyai satu lubang.

Blue Hole seumpama ini merupakan penemuan tunggal yang terdapat di Sabah. Ianya sesuai untuk dipromosikan sebagai tapak selam pelancongan kerana kedudukannya yang strategik dekat dengan Pulau Sipadan di Semporna.

Untuk menjamin keselamatan para pelancong yang berkunjung di Teluk Darvel ini, rondaan yang kerap akan sentiasa dijalankan oleh pihak berkuasa.

Bagi para pengunjung, penemuan baru ini membuka peluang yang meluas kepada para pelancong untuk menerokai keindahan yang terdapat di Negeri di bawah bayu ini.

Ianya memerlukan kerjasama di antara kesemua pihak untuk memastikan keindahan Teluk Darvel ini sentiasa dijaga. Oleh itu, ianya perlu untuk memberikan kerjasama kepada “Dive Operations” yang berlesen untuk memastikan keindahan lautnya terjaga.

Sehubungan itu untuk mengangkat Teluk Darvel dengan “The Blue Hole” itu di mata dunia, ianya telah diwartakan oleh kerajaan negeri sebagai kawasan perlindungan laut sebelum tahun 2023.

Langkah itu perlu diambil di Teluk Darvel, Lahad Datu, sebagai destinasi pelancongan dunia yang berkonsepkan eko-pelancongan atau pelancongan pendidikan.

Leave a Reply