Vacazzee

All about East Malaysia's travel information, people, cultures, news and events

Travel Info

Syoknya Dapat Makan Sambil Kaki di Dalam Air Laut Yang Jernih 😍

FLOATING CORAL BAR

“Floating Coral Bar” bakal memukau hati pengunjung dengan pelbagai aktiviti-aktiviti yang menarik. Tarikan baharu ini terletak di antara Laut China Selatan dan Laut Sulu. Timbunan batu karang yang terbentuk secara semula jadi sejak beratus tahun ini mempunyai keluasan seluas 2 kilometer.

Tarikan baharu ini telah menjadi salah satu pemangkin kepada sektor pelancongan di Sabah. Perjalanan untuk sampai ke “Floating Coral Bar” memakan masa selama lebih kurang tiga jam dari bandar Kota Kinabalu ke Jeti Marina, Kudat, diikuti dengan satu jam tiga puluh minit menggunakan bot.

Antara aktiviti yang ditawarkan semasa berada di sini ialah snorkeling dan berkayak menggunakan kayak lutsinar untuk menikmati pemandangan hidupan laut. Pengunjung akan ditemani oleh kru-kru yang terlatih untuk memastikan keselamatan para pengunjung yang datang ke sini.

Pengunjung yang datang  juga boleh bermain ayuanan yang dikenali sebagai “Pagoda Swing” dan mencuba “Stand Up Paddle Boarding” yang telah disediakan.

Pengunjung juga boleh menikmati makanan dengan membeli hidangan yang disediakan oleh kru makanan. Jangan risau, setiap hidangan yang dijual adalah dijamin halal dan bersih.

Hidangan yang disediakan

Hidangan yang disediakan tidak dimasak di sini atas faktor kebersihan dan juga untuk menjaga kebersihan kawasan tersebut. Semua hidangan disediakan secara buffet berasaskan makanan laut yang dimasak mengikut citarasa kampung.

Untuk memajukan lokasi ini, pelbagai infrastuktur yang ditambah untuk menarik lebih banyak pengunjung datang.  Bagaimanapun, “Floating Coral Bar” ini hanya menerima pengujung sebanyak 40 hingga 50 orang sahaja dalam satu masa.

Hal ini bertujuan untuk menjaga keselamatan para pengujung, dalam masa yang sama memastikan eko-sistem terumbu karang tersebut terjamin.

Pengunjung yang datang juga boleh menikmati udara segar sambil mengambil gambar yang menarik untuk dijadikan sebagai kenangan.

Keindahan pulau yang cantik sambil menjamu selera dengan hidangan yang lazat di tengah-tengah laut sudah semestinya menjadi satu kepuasan yang sukar untuk anda lupakan.

Leave a Reply