Vacazzee

All about East Malaysia's travel information, people, cultures, news and events

News

Biar betul? Datang melancong ke Sabah semata-mata untuk “GAME” seperti DOTA 2?

Triple Comma Gaming (TCG) yang dimahkotakan sebagai Juara Immortal Cup di Sabah.

Siapa sangka permainan seperti ini mampu untuk menarik minat pengunjung antarabangsa dan tempatan untuk melawat Sabah? Pasti anda merasakan yang ianya amat mustahil untuk e-sports menembusi pasaran industri pelancongan bukan?

Ianya berkenaan tentang e-sports ataupun dari bahasa malaysia yang dipanggil sebagai sukan permainan video.

Pemain e-sports.

Terdapat pelbagai jenis permainan video ataupun dipanggil sebagai “GAME” yang terdapat dalam e-sports seperti DOTA, DOTA 2, PUBG, Mobile Legend, Fortnite, FIFA dan sebagainya.

Semestinya e-sports merupakan sesuatu yang baharu terutama hubungannya dalam industri pelancongan di Sabah. E-sports adalah satu bentuk persaingan yang menggunakan permainan video.

Adakah anda bersedia untuk “Winner Winner Chicken Dinner” ?

Ianya merupakan salah satu tarikan yang boleh mempromosikan Sabah sebagai destinasi untuk para penggemar e-sports kerana terdapat berjuta-juta peminat atau penggemar e-sports datangnya daripada seluruh dunia yang tidak mengira batas usia.

Impak permainan e-sports ini mampu menjanjikan sesuatu yang luar biasa di masa hadapan dalam industri pelancongan di Sabah.

Pemain e-sports Sabahan.

Kenapa?

Secara kebiasaannya, e-sports mengambil bentuk acara pertandingan permainan video yang melibatkan daripada pelbagai pemain antaranya pemain profesional, individu atau sebagai pasukan daripada seluruh dunia.

Acara e-sports ini telah berjaya menarik ” tentera ” besar peminat tempatan dan luar negara, termasuklah daripada kebanyakan jenama terbesar dan terkenal di seluruh dunia.

Inilah gambaran “tentera” besar peminat e-sports di seluruh dunia yang mampu menjadi sesuatu yang luar biasa kepada industri pelancongan di Sabah.

Dengan menunggang populariti e-sport ini, pelancongan di Sabah, yang merupakan salah satu industri pendapatan tertinggi, boleh mendapat manfaat daripada peminatnya daripada seluruh dunia.

Tidak mustahil peminat e-sports juga menggemari aktiviti lasak seperti ini.

Acara seperti ini dapat menarik minat golongan muda untuk melihat sendiri acara e-sports yang dipertandingkan ini sekiranya acara ini dianjurkan di Sabah.

Disamping daripada melihat acara seperti ini berlangsung, ianya membuka peluang kepada pengusaha pelancongan di Sabah untuk mempromosikan produk pelancongan mereka kepada pengunjung daripada luar dan dalam negara.

Berkemugkinan dapat menarik minat untuk ini?
Atau pulau di Sabah ini dapat meraih kunjungan penggemar e-sports tempatan dan antarabangsa?

Berkesan ataupun tidak?

Selaras dengan tahun melawat Malaysia 2020 yang akan datang, acara e-sports ini dapat melakukan perubahan besar dalam industri pelancongan di Sabah sekiranya usaha dijalankan dengan bersungguh-sungguh.

Penuh? Sudah tentu. E-sports membuka peluang kepada pengusaha pelancongan di Sabah.

Manfaatnya amat besar dalam mengukuhkan ekonomi sektor pelancongan yang terdapat di Sabah.

Sokongan juga harus diberikan sepenuhnya terhadap acara e-sports di Sabah untuk menguatkan lagi implikasinya terhadap industri pelancongan.

Sudah semestinya pelancong yang datang ke Sabah ingin menikmati tempat tarikan pelancongan yang menarik selain daripada menjadi penonton kepada acara e-sports ini.

Tempat tarikan seperti ini dapat meraih perhatian kepada peminat e-sports tempatan dan antarabangsa.

Acara e-sports ini dapat merubah corak gambaran yang baharu kepada industri pelancongan di Sabah kerana Sabah merupakan salah satu negeri yang mempunyai pendapatan tertinggi dalam sektor ini.

Percaya atau tidak sekiranya e-sports memberikan impak yang besar terhadap industri pelancongan di Sabah?

Hairan, ada yang sanggup melancong untuk  "GAME" ini. Tapi bena
Percaya atau tidak tempat ini bakal akan mendapat lebih ramai pengunjung daripada peminat e-sports sekiranya acara itu berlangsung di Sabah.

Jika sukan seperti bola sepak dan juga golf dapat menyumbang untuk menarik peminat sukan itu untuk mengunjungi Sabah, kenapa e-sports tidak mampu sekiranya meraih banyak sokongan?

Terpulang kepada anda untuk menilai sama ada ianya berkesan ataupun tidak.

Terima Kasih kerana sudi membaca article ini 😉

Daripada: SHAMSUL.

Leave a Reply