Vacazzee

All about East Malaysia's travel information, people, cultures, news and events

Travel Info

Pelik atau Mengagumkan Jika Anda Boleh BERJALAN DI TENGAH LAUT?

Anda bayangkan, pasir putih di tengah-tengah laut dan boleh berjalan di atasnya, mungkin Pulau Timba Timba di Semporna boleh anda cuba kunjungi.

Pulau Timba Timba, Semporna, Sabah.

Pulau Timba Timba merupakan salah satu destinasi yang semakin popular dalam kalangan pelancong. Pantai berpasir putih yang panjang dan air laut yang tidak dicemari memukau hati para pelancong yang datang untuk bercuti di pulau ini.

Jambatan Pantai Timba Timba

Perjalanan untuk sampai ke Pantai Timba Timba ini mengambil masa sekitar 15 minit dari Pulau Pom Pom menggunakan bot laju. Tempoh yang sesuai untuk pelancong datang ke sini ialah dari bulan April hingga September berdasarkan faktor cuaca.

Pantai ini memisahkan laut yang sama kepada dua bahagian kiri dan kanan. Pembiasan cahaya matahari terhadap permukaan air laut telah menghasil beberapa warna air laut yang berbeza.

Warna air laut kedua-dua bahagian turut berbeza. Di satu sisi, ia berwarna biru tua, dan sisi lain berwarna hijau muda.

Terdapat pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan ketika berada di sini. Antaranya ialah pelancong berpeluang untuk melihat pemandangan bawah air yang sangat menarik, bersantai dan berenang di persisiran pantai.

Aktiviti bersantai sesuai untuk kanak-kanak dan dewasa kerana air laut yang surut dan jernih di sepanjang persisiran pantai tersebut.

Pelancong boleh berjalan di tengah laut

Pelancong dibenarkan untuk berjalan di tengah laut sambil mengambil gambar panorama sepanjang pantai yang memisahkan laut tersebut.

Ibu bapa yang membawa anak kecil dinasihatkan agar sentiasa mengawasi anak mereka untuk memastikan keselamatan terjaga.

Kesimpulannya, tidak terdapat banyak pulau dengan daratan seperti ini. Berjalan jauh ke tengah laut dengan pasir yang tidak terlalu lebar sudah tentu akan menjadi pengalaman yang mengagumkan. Sudah bersedia berjalan di atas laut?

Leave a Reply