Vacazzee

All about East Malaysia's travel information, people, cultures, news and events

News

Adakah Sabah dan Sarawak Terancam Dengan Pemindahan Ibu Negara Indonesia ke Kalimantan?

Pelbagai tanggapan yang diberikan daripada orang ramai tentang pemindahan ibu negara Indonesia ke Kalimatan yang akan memberikan kesan ataupun impak terhadap Sabah dan Sarawak.

Adakah pemindahan tersebut benar-benar memberikan ancaman terhadap Sabah dan Sarawak?

Lawatan Presiden Indonesia Jokowi ke Malaysia.

Orang ramai bimbang kesan daripada pemindahan ini akan menyebabkan kebanjiran penduduk Indonesia ke Kalimantan dan seterusnya akan menjejaskan kestabilan penduduk di Sabah dan Sarawak.

Jangan bimbang. Perpindahan ini akan membuka banyak peluang pekerjaan kepada rakyat Indonesia dan ianya tidak akan menjejaskan keharmonian Sabah dan Sarawak dengan perpindahan ibu negara Indonesia ke Kalimantan.

Keharmonian penduduk.

Harus diingatkan bahawa pemindahan ibu negara ini akan memberikan banyak manfaat kepada Sabah dan Sarawak dari segi ekonomi.

Walaubagaimanapun, ianya memerlukan persediaan yang awal sebaik mungkin untuk Sabah dan Sarawak kesan daripada pemindahan ibu negara Indonesia ke Kalimantan.

Pemandang Gunung Kinabalu daripada Polumpung, Melangkap.

Sektor pelancongan merupakan persediaan yang paling utama kerana dijangkakan lebih ramai pelancong daripada Indonesia akan melawat Sabah dan Sarawak apabila Kalimantan menjadi ibu negara.

Limpahan pelancong daripada Kalimantan ini akan dapat memperkukuhkan ekonomi produk pelancongan di Sabah dan Sarawak serta mempertingkatkan kapasiti bukan sahaja daripada produk pelancongan tetapi juga kemasukkan lebih banyak pelancong.

Pemandangan Dewan Undangan Negeri Sarawak pada malam hari.

Menurut Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, beliau menaruh kepercayaan kepada Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk berunding dengan Indonesia bagaimana proses tersebut perlu dilaksanakan.

Apa yang pasti katanya, Singapura sebelum ini menerima limpahan daripada kedudukannya yang berdekatan dengan Jakarta.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal beramah mesra dengan rakyat.

Sabah dan Sarawak perlu mempelajarinya dan melihat kerjasama yang boleh dilaksanakan bersama Indonesia untuk kebaikan kedua-dua pihak.

Kerjasama daripada kedua-dua pihak perlu diteliti untuk memastikan kestabilan menjadi kukuh dan adil bagi kedua-dua pihak serta tidak menimbulkan ancaman disebabkan pemindahan tersebut.

Peta Borneo. Credit to ” https://www.freeworldmaps.net/

By : Shamsul.

2 COMMENTS

Leave a Reply