Pulau Sipadan Akan Ditutup? Apakah yang Telah Berlaku?

Tempat menyelam skuba yang terkenal di dunia, Sipadan, akan ditutup untuk semua aktiviti laut sepanjang bulan Disember, bermula pada tahun depan berikutan arahan dari Taman-Taman Sabah yang dibuat atas permintaan daripada kumpulan operator pengendali menyelam.

Aktiviti menyelam di Pulau Sipadan.
Aktiviti snorkling.

Langkah ini adalah untuk memberi tempoh pemulihan selama sebulan untuk persekitaran laut dan ekologi di pulau itu, yang terletak di laut Celebes.

Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Christina Liew, berkata bulan Disember dipilih kerana ia adalah musim yang rendah untuk ketibaan penyelam.

Penutupan sementara selama sebulan adalah untuk membolehkan kehidupan karang dan laut dapat dipulihkan. Pengendali (menyelam) sendiri mencadangkan ini dan telah dipersetujui sebulat suara oleh semua,” katanya daripada petikan sumber NST.

– Sumber daripada New Straits Times. –
Penyelam daripada luar negara yang ingin melakukan aktiviti laut.
Selamat datang ke Pulau Sipadan <3<3<3

Mengenai had semasa lawatan ke Sipadan, beliau berkata had maksimum sebanyak 156 penyelam dibenarkan setiap hari sementara “snorkelers” pula hanya dibenarkan dengan permit khas tidak lebih daripada 20 sehari.

Mengikut notis Taman Sabah bertarikh 31 Julai, penutupan itu dicadangkan semasa Mesyuarat Jawatankuasa Bersama Regulatori Pulau Ligitan dan Pulau Sipadan pada 25 Jan tahun ini dan telah dipersetujui di Bengkel “Sipadan Island Diving Quota Distribution Workshop” yang bertarikh pada 26 Feb.

Ditandatangani oleh Pengarah Taman Sabah Dr Jamili Nais, notis menyatakan Pulau Sipadan akan ditutup untuk semua aktiviti snorkeling dan menyelam dari Dec 1-31, 2020, untuk memberi laluan kepada tempoh pemulihan persekitaran laut pulau.

Langkah ini merupakan usaha untuk membolehkan persekitaran laut pulau itu pulih secara semulajadi, dan ia akan dibuka semula untuk aktiviti laut pada 1 Januari 2021. Pada nota itu, usaha ini akan dikekalkan serta akan dikuatkuasakan setiap tahun pada bulan Disember, selepas tahun 2020.

Ianya merupakan usaha yang baik untuk memastikan bahawa Pulau Sipadan sentiasa dapat mengekalkan keindahan dan persekitaran lautnya yang jernih. Diharapkan agar usaha ini dapat memberikan manfaat kepada persekitaran marin di Sipadan.

Kesimpulannya, kegiatan pelancongan di Pulau Sipadan tidak akan terjejas sama sekali disebabkan penutupan ini kerana ianya hanya melibatkan aktiviti laut di Pulau Sipadan. Untuk mengekalkan keindahannya, langkah seperti ini harus diambil untuk menarik lebih ramai pengunjung ke Pulau Sipadan dan melindungi hidupan lautnya.

KEINDAHAN PULAU SIPADAN MERUPAKAN TUMPUAN KEPADA PELANCONG TEMPATAN DAN ANTARABANGSA. HARGAILAH KEINDAHANNYA DENGAN MEMELIHARA HIDUPANNYA“.

Satu usaha untuk memelihara keindahan laut di Pulau Sipadan.
Advertisements

One comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s