Vacazzee

All about East Malaysia's travel information, people, cultures, news and events

Travel Info

Ingin Mencari Sesuatu yang Lebih Menarik Daripada Percutian Membeli-belah dan Pantai di Sabah? Jom Menunggang!

Adakah anda berasa tertekan dengan kehidupan di Bandaraya yang sangat sibuk? Anda perlu mencari kelapangan masa anda untuk berehat dan meluangkan masa dengan keluarga ataupun rakan-rakan. Anda juga perlukan hiburan bagi menghilangkan keadaan tertekan yang anda hadapi.

Tidak dinafikan kehidupan di Bandar lebih senang berbanding luar bandar kerana anda dapat membeli-belah di “Shopping Complex” yang terdapat di Bandar. Namun, ada keseronokkan itu sama dengan apa yang disediakan di luar bandar yang mempunyai tumpuan pelancongan?

Selalunya kita akan membawa keluarga ataupun rakan-rakan kita untuk pergi bercuti di pantai-pantai. Keseronokkan sebegitu tidak cukup memuaskan semasa percutian anda. Anda perlu melakukan sedikit aktiviti yang lebih mencabar untuk memperingati percutian anda di Sabah.

Dalam penulisan kali ini, saya akan membawa anda untuk meluangkan masa daripada kesibukkan bandar dan merancang percutian anda untuk melakukan aktiviti yang jarang dilakukan ini. Aktiviti sebegini amat mencabar dan sangat memuaskan.

Saya akan membawa anda ke tempat “Pahlawan Berkuda” iaitu di daerah Kota Belud di mana tempat aktiviti ini berada. Aktiviti ini akan membawa anda untuk menunggang dan sememangnya bukan menunggang kuda tetapi ATV/UTV yang mempunyai laluan yang sangat berbeza daripada tempat lain yang menawarkan perkhidmatan ini.

Nanamun Borneo Big Foot merupakan perniagaan pertama ATV/UTV di Sabah yang menawarkan pengembaraan trek “off roads” dan pantai. Adakah anda pernah menaiki ATV/UTV sebelum ini? Jika pernah, adakah pernah menunggangnya dalam perjalanan trek “off roads” dan pantai?

Di sini lah tempat anda untuk menyahut cabaran pengembaraan yang ditawarkan kepada anda. Tempat ini menyediakan laluan yang cukup mencabar kepada anda semasa lawatan anda untuk melakukan aktiviti ini.

Apa yang lebih menarik anda dapat menikmati pemandangan yang sangat indah semasa menunggang ATV/UTV ini. Harga yang ditawarkan juga sangat berpatutan kerana ianya merupakan keseronokkan memuaskan yang anda tidak akan dapat lupakan.

Rancanglah perjalanan atau percutian anda sekarang untuk datang ke Nanamun Borneo Big Foot yang terletak di Kota Belud. Alami laluan yang berbeza di mana anda boleh menggabungkan laluan dengan laluan Pantai, laluan Gravel dan laluan berbonggol.

Secara kesimpulannya, anda juga perlukan masa untuk berehat dan berseronok untuk diri anda. Luangkan masa anda bersama keluarga ataupun rakan-rakan anda melakukan aktiviti seperti ini yang lebih seronok daripada membeli-belah di Pasaraya di Bandar dan percutian ke Pantai sekiranya anda merancang untuk bercuti di Sabah.

LOKASI: https://www.google.com/maps/search/Borneo+Big+foot/@6.4859055,116.4904202,17z/data=!3m1!4b1

Leave a Reply