Vacazzee

All about East Malaysia's travel information, people, cultures, news and events

Events

Muzik Jazz yang Santai kini Kembali ke Kota Kinabalu. Apa yang akan dijanjikan KK Jazz Festival 2019?

Kepada Penggemar Muzik Terutamanya Muzik Jazz.

Bagi penggemar muzik di luar sana, kini festival ini telah kembali dan membawa lebih ramai pemuzik yang berbakat daripada seluruh negara untuk mempersembahkan alunan dan irama muzik yang cukup menghiburkan dan menenangkan. Ianya telah kembali kepada anda, Kota Kinabalu Jazz Festival 2019!

Penonton yang datang terhibur pada hari KKJF. Diharap 2019 akan menjadi lebih meriah daripada ini.

Bagi mereka yang belum pernah melihat Kota Kinabalu Jazz Festival, ini adalah peluang anda untuk melihat sendiri persembahan pemuzik-pemuzik Jazz yang membawa anda untuk menghayati kepelbagaian alunan dan irama muzik Jazz daripada rantau dunia.

Kota Kinabalu Jazz Festival kali ke 13.

Festival yang cukup meriah ini akan diadakan di Sutera Harbour Resort pada jam 7 malam sehingga 11 malam. Tarikh yang ditetapkan ialah pada 2 hingga 3 Ogos 2019. Anda akan dihiburkan dengan persembahan oleh 13 pemuzik daripada Malaysia dan juga seluruh dunia yang mendendangkan muzik Jazz.

Wanita Jazz yang sangat menawan.

Pesta Jazz Kota Kinabalu ke-13 merupakan salah satu Pesta Jazz tahunan yang berlangsung paling lama di Malaysia. Ia mungkin satu-satunya festival Jazz di rantau ini yang dibentuk bagi mengumpul dana untuk kebajikan dan mengembangkan seni pertunjukan.

Persembahan yang sangat menghiburkan.

Adakah KKJF2019 menjanjikan sesuatu yang menarik daripada tahun sebelumnya?

KKJF 2019 akan menjanjikan sesuatu yang fenomenal! Acara yang dianjurkan bersama oleh Rotary Club Kota Kinabalu (RCKK) dan Persatuan Seni Persembahan Kota Kinabalu, Sabah (SPArks) mampu membuat acara penjanaan dana tahunan ini akan terus menyatukan pelbagai bakat muzik daripada Sabah dan seluruh Malaysia serta dunia dan memperkenalkan bandar alam semulajadi di Kota Kinabalu.

Irama dan alunan muzik yang menenangkan.

Antara barisan pemuzik yang akan membuat persembahan di KKJF2019 pada 2 Ogos adalah Lawalah, AS Duo, Sunrise Jazz Ensemble, Calypsoul, Take 2, Rikki and Friends dan RaInbow Children, manakala pada 3 Ogos ialah Jamstation, SWAG, Project Trio, Blues Summit, Xianghai Divas dan Q Sound.

Credit foto daripada Kota Kinabalu Jazz Festival.

Pemuzik-pemuzik ini merupakan pemuzik mampu membawa fenomena kepada irama muzik Jazz di Kota Kinabalu kerana persembahan menjanjikan dapat memukau para peminat muzik Jazz tanahair dan dunia. KKJF2019 mampu membawa festival Jazz seperti ini seperti peringkat antarabangsa di Kota Kinabalu.

KKJF juga menjanjikan pemuzik daripada luar negara.

Mari Meriahkan Kota Kinabalu dengan KKJF2019!

Bagi mereka yang berminat untuk membeli ticket untuk pesta yang meriah dan santai ini, anda boleh membeli tiket anda di airasiaredtix.com untuk mendapatkan tempahan ticket awal anda ke KKJF2019.

Penyokong yang datang berhibur bersama.

Kesimpulannya, KKJF2019 akan menjanjikan anda dengan persembahan yang menghiburkan, menenangkan dan mengasyikkan dengan alunan dan irama Jazz daripada seluruh dunia dan akan membawa anda ke tempat yang santai semasa lagu Jazz dipersembahkan daripada pemuzik-pemuzik yang berbakat daripada pemuzik dari dalam dan luar negara.

Credit foto daripada Kota Kinabalu Jazz Festival.

Lokasi KKJF2019: https://www.google.com/maps/place/Sutera+Harbour+Resort/@5.9705211,116.0577826,3a,75y,90t/data=!3m8!1e2!3m6!1sAF1QipPMhY2cARGGklblb9oIKvjgc66VI0kn36gFr2h9!2e10!3e12!6shttps:%2F%2Flh5.googleusercontent.com%2Fp%2FAF1QipPMhY2cARGGklblb9oIKvjgc66VI0kn36gFr2h9%3Dw129-h86-k-no!7i1440!8i960!4m18!1m9!3m8!1s0x323b69c40d7b13cd:0x6ad76a9bc89ec8ff!2sSutera+Harbour+Resort!5m2!4m1!1i2!8m2!3d5.9705755!4d116.0576599!3m7!1s0x323b69c40d7b13cd:0x6ad76a9bc89ec8ff!5m2!4m1!1i2!8m2!3d5.9705755!4d116.0576599

Tickets:

https://airasiaredtix.com/tickets/kota-kinabalu-jazz-festival?fbclid=IwAR0ucSN7ViTCMsg-dTY92WD0dvL3umHPtH_Zjow3N2F6r-_LXEARd6KVyr8#tab-tickets

Leave a Reply