Vacazzee

All about East Malaysia's travel information, people, cultures, news and events

Travel Info

Inginkan Pengalaman Seperti Berada Dalam Wayang “LORD OF THE RINGS”? Kundasang Adalah Destinasinya.

Destinasi Pelancongan Alam Semula Jadi

Ianya terletak 15 km dari Ranau dan kira-kira 97km dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu. Bagi mereka yang belum pernah berkunjung ke Kundasang, Kundasang merupakan sebuah tempat yang kaya dengan keindahan alam semulajadi. Dengan pemandangan Gunung Kinabalu yang berada di depan mata, ianya mampu memukau sesiapa sahaja yang berkunjung ke Kundasang. Udaranya yang nyaman dan dingin dapat menjadikan tempat ini selalu dikunjungi oleh dari dalam dan juga luar negara. Destinasi pelancongan anda juga akan menjadi sesuatu yang sangat menakjubkan kerana terdapat pelbagai tarikan tempat pelancongan yang sangat menarik yang dapat dikunjungi. Sumandak-sumandak di Kundasang juga amat cantik sekali membuatkan anda jatuh cinta terhadap Kundasang. Ianya akan menjadi sesuatu pengalaman yang sangat indah yang tidak akan anda dapat lupakan.

Tempat Tinggal “Hobbit” Berada di Kundasang?

Adakah anda pernah menonton wayang “Lord Of The Rings” sebelum ini? Sekiranya anda pernah menonton wayang ini, terdapat sebuah tempat tinggal Hobbit seperti dalam wayang LOTR berada di Kundasang. Tempat yang disebutkan tersebut ialah “Humble Hobbit Home” yang berada di Kundasang. Ianya sesuatu yang amat unik kerana bentuk dan seni binanya diinspirasikan daripada tempat tinggal Hobbit dalam wayang LOTR. Anda akan mengalami seakan-akan menjadi salah seorang daripada Hobbit sekiranya anda berada di dalam ruangan tempat ini. Pondok ini mempunyai bilik mandi peribadi dengan perkhidmatan tuala dan sebuah pantri mini yang disediakan. Terdapat juga sebuah teres yang boleh digunakan untuk barbeku dan TV berskrin rata untuk hiburan.

Ruangan Hobbit

Ruangan “Humble Hobbit Home” boleh memuatkan sehingga empat orang.
Bilik ini mempunyai satu katil “double” besar, satu katil “single”, dan satu katil dua tingkat. Ia mungkin kelihatan agak kecil, tetapi ia sesuai untuk sekumpulan kecil rakan-rakan anda atau pasangan yang mempunyai dua orang anak. Ianya merupakan lokasi yang sempurna jika anda ingin menghabiskan waktu pagi dan petang anda sambil melihat pemandangan Gunung Kinabalu yang indah di Sabah.

Leave a Reply