Vacazzee

All about East Malaysia's travel information, people, cultures, news and events

Travel Info

Uinah! Tempat Menunggang Kuda Kini Berada di Tawau? Biar betul?

Pengalaman menunggang kuda ini sangat menyeronokkan dan amat menakjubkan walaupun hanya sekejap. Bagi mereka yang pernah menunggang kuda sebelum ini, mereka pasti ingin menunggang lagi untuk kali yang kedua. Bagi mereka yang baru pertama kali menunggang kuda ini, anda pasti akan berasa teruja untuk menunggangnya. Di tanah Borneo Malaysia sendiri, Kota Belud dan Tuaran merupakan destinasi yang sangat terkenal dengan aktiviti menunggang kuda. Dengan kemahiran Bajau Samah menunggang kuda, mereka dapat melatih pengunjung untuk bersama-sama merasai pengalaman menunggang kuda ini. Namun benarkah hanya di Kota Belud dan Tuaran sahaja yang mempunyai aktiviti sebegini di Sabah?

Sesi menunggang kuda.
Kuda masi berjalan.
Sesi menunggang selesai.

Baru-baru ini, kami dapat mengetahui bahawa ada daerah di Sabah yang mempunyai aktiviti menunggang kuda ini. Tempat ini berada di Pantai Timur Sabah di mana lokasinya adalah di Tawau. Tawau merupakan bandar ketiga yang terbesar di Borneo Utara (Sabah). Bagi mereka yang tidak pernah ke Tawau sebelum ini, kunjungan anda akan menjadi lebih bermakna kerana anda berpeluang untuk menjadi penunggang kuda di Tawau. Tempat ini baru sahaja dibuka dan sekiranya anda mempunyai keinginan ataupun merancang untuk ke Tawau, anda sangat bertuah kerana dapat menikmati pengalaman menunggang kuda di sini. Jadi, lawatan anda ke Tawau tidaklah sia-sia dengan jadual aktiviti menunggang kuda di sana. Bagi golongan dewasa dan kanak-kanak untuk 1 kali pusingan hanya berjumlah RM10. Dibuka setiap hari daripada jam 4 petang hingga 7 malam. Tempat ini terletak di kawasan parkir sebelah Kolej Jururawat Masyarakat Tawau. Mereka mempunyai dua ekor kuda untuk ditunggang dan diyakini bahawa anda akan berpuas hati menunggang kuda di sini.

Kuda yang bakal ditunggang oleh pengunjung.
Kuda putih pun ada. Seronok kan?

Okey, pasti anda tertanya-tanya dimanakah lokasi spesifik tempat menunggang kuda ini kan? Jangan risau, kami menyediakan navigasi untuk lokasi kunjungan anda di sana. Tempat ini tidak jauh daripada bandar Tawau di mana tempat ini terletak berdekatan dengan Tugu Peringatan Konfrontasi (Confrontation Memorial) Indonesia-Malaysia. Untuk pengunjung yang teringin menunggang kuda semasa kunjungan anda di Tawau, boleh lah datang ke sini untuk mengalami pengalaman menunggang kuda itu sendiri di sini. Tiada idea dimanakah keberadaan lokasi itu kerana baru pertama kali ataupun tidak pernah ke Tugu Peringatan Konfrontasi ini? Senang sahaja, ianya berada berdekatan dengan Ibu Pejabat Balai Polis Daerah Tawau. Di mana ada kemahuan, di situ ada HIGHWAY. Anda pasti berjaya menemui tempat menunggang kuda ini. Jangan sia-siakan perjalanan anda tanpa menunggang kuda di sini.

Kami telah berusaha untuk mendapatkan cara berhubung dengan pemilik tarikan ini namun masih tidak dapat. Tetapi menurut seorang kawan kepada ahli pasukan Vacazzee Ms.Nana, beliau telah melawat tempat ini dan memberi informasi sedia ada sahaja dan kami hanya dapat memberi informasi tentang lokasi tempat menunggang kuda ini sahaja.

“Kuda ku lari gagah berani.”
Tempat tersebut berdekatan dengan Tugu Peringatan Konfrontasi Indonesia-Malaysia.

LOKASI: https://www.google.com/maps/place/Tawau+Monument/@4.2470787,117.8777364,16z/data=!4m8!1m2!2m1!1sBalai+polis+tawau!3m4!1s0x32159e7d22ecf459:0x555e6a1da59e9a5a!8m2!3d4.2462876!4d117.880345

CREDIT TO Ms.NANA.

Leave a Reply