Vacazzee

All about East Malaysia's travel information, people, cultures, news and events

Events

Benarkah Sabah akan Melaksanakan Acara Tahunan untuk Pesta Kalimaran? Ini jawapannya.

Sedikit Pengenalan Mengenai Pesta Kalimaran

Sabah mempunyai lebih daripada 32 kumpulan pribumi, dan setiap etnik mempunyai 5 atau lebih sub-etnik. Pesta Kalimaran adalah pesta tahunan yang disambut oleh kumpulan etnik Murut.

Kalimaran bermaksud ketukangan dari Murut, kerana mereka menghasilkan karya manik yang sangat menarik dan kraf lain.

Perayaan ini, biasanya disambut pada bulan Mac, meraikan dan menghormati orang Murut dan tradisi mereka, serta tanda perpaduan dan keharmonian yang wujud di kalangan masyarakat berbilang kaum di negeri ini. 

Pesta Kalimaran yang disambut oleh kaum Murut ini bertempat di Murut Cultural Centre, tempat yang diperbuat daripada kayu belian (kayu tropika yang paling keras) di Kampung Pulong, kira-kira 13km dari Pekan Tenom.

Pesta ini adalah masa terbaik untuk melihat “demo” Tinauh, majlis perkahwinan Murut yang akan berlangsung selama seminggu dan merupakan yang terbesar dari semua kaum asli di Sabah. Untuk “demo”, mereka hanya menunjukkannya dalam masa sehari.

Suku Kaum Murut

Murut merujuk kepada kumpulan penduduk yang tinggal di lereng bukit atau tanah tinggi di daerah pedalaman Sabah.

Terdapat beberapa sub-etnik pribumi Murut antaranya ialah Tahol/Tagang, Tidung, Timugon, Sembakung, Paluan, Bookan, Kalabakan dan Serundung.

Tempat tinggal bagi suku kaum Murut ini merupakan rumah panjang yang dibina berhampiran dengan kawasan sungai mahupun di sepanjang kawasan sungai.

Rumah panjang tersebut dapat memuatkan lebih kurang 10 hingga 20 keluarga dan ada juga yang tinggal secara individu.

Kepakaran suku kaum Murut ini ialah dalam pembikinan perahu dan menurunkan kepakaran mereka kepada generasi yang seterusnya.

Mereka juga mahir dalam berburu dan masih mengekalkan tradisi bertatu seperti kaum Iban di Sarawak tetapi tradisi ini semakin kurang di lakukan oleh golongan muda masyarakat ini.

Menurut kepercayaan mereka, Aki Kopuno merupakan kuasa ghaib yang mencipta segala-galanya yang terdapat di bumi termasuk manusia.

Kaum Murut juga mempunyai 3 tarian tradisional iaitu Tarian Magunatip, Tarian Lansaran dan Tarian Mangalang.

© 2014 Mohd Shukur Jahar. Any unauthorized copy, usage or reproduction of the image is strictly prohibited.This photo is copyrighted. If you want to license this photo please contact the photographer at email : shukurjahar@gmail.com or call at : +6 0168307892

Penetapan Tarikh Rasmi bagi Pesta Kalimaran

Pengumuman tarikh Festival Kalimaran telah diumumkan di Tenom oleh Timbalan Ketua Menteri Sabah; yang juga Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Christina Liew.

Sambutan itu telah ditetapkan pada 31 Mac sebagai Festival Kalimaran rasmi di Sabah dan akan dimulakan pada tahun hadapan.

Perayaan Murut, Kalimaran, kini akan disambut setiap tahun kerana ia telah dimasukkan ke dalam acara-acara Kalendar Sabah. Pesta Kalimaran ini akan disambut bermula pada 26 Mac hingga 31 Mac yang bertempat di Tenom Cultural Centre.

10 suku kaum Murut akan merayakan perayaan Kalimaran ini dan dijangka akan meraih ramai pengunjung yang hadir ke Pesta Kalimaran di Tenom.

Kebudayaan seperti ini sewajarnya dipertahankan kerana kebudayaan seperti ini  dapat membawa kepada pertumbuhan ekonomi pelancongan dan dapat menarik minat pelancong dari dalam dan juga luar negara untuk berkunjung ke Tenom.

Di samping itu, sambutan Pesta Kalimaran juga dapat memberi pengalaman kepada semua pelawat untuk mengenali etnik Murut, seni bina mereka, pembuatan kraftangan, pakaian-pakaian tradisional dan lain-lain lagi oleh etnik Murut di Sabah.

Disebabkan Pesta Kalimaran ini, seluruh industri pelancongan yang terdapat di daerah Tenom ini dapat menjadi tarikan kepada Pelancong untuk berkunjung ke destinasi pelancongan yang ada di Tenom.

Kalimaran Festival Included In Sabah Tourism Calendar .

Leave a Reply