Vacazzee

All about East Malaysia's travel information, people, cultures, news and events

Events People & Culture

Lawatan Pasukan Vacazzee ke Pesta Kaamatan Kg.Narawang sambil melakukan kerja amal.

Lawatan ke Kampung Narawang sambil melakukan kerja amal.

Baru-baru ini, pasukan Vacazzee telah melawat ke Kampung Narawang, Ranau. Pasukan Vacazzee disambut dengan baik oleh Tuan Nashion Abidi yang juga merupakan JKKK Kampung Narawang. Semasa ketibaan Pasukan kami disana pada 07hb June bersamaan dengan Hari Raya Ketiga, Tuan Nashion telah membawa kami untuk mengelilingi kawasan Kampung Narawang. Apa yang menarik perhatian Team kami di sini, kawasan Kampung tersebut amat luas dan juga aman damai tanpa gangguan. Di Kampung Narawang, Tuan Nashion telah membawa kami untuk melihat sungai mereka di sana. Disebabkan hujan yang turun pada hari kelmarin, sungai sangat kabut namun Tuan Nashion menceritakan sungai tersebut sangat cantik. Pemandangan flora dan fauna di sana juga membuatkan sesiapa sahaja yang mengunjunginya mempunyai perasaan yang sangat tenang.

Tuan Nashion telah membantu perjalanan kami dari awal hingga akhir lawatan kami.
Tuan Nashion membawa kami mengelilingi Kampung Narawang.
Keindahan alam semulajadi di Kampung Narawang.

Bagi orang Kampung Narawang, mereka amat mementingkan sikap toleransi dan perpaduan. Kami mendapat pengajaran yang begitu mendalam dan terharu dengan sambutan yang baik daripada penduduk Kampung Narawang semasa lawatan kami. Setelah kami mengelilingi kawasan kampung, Team kami telah dipelawa oleh Tuan Nashion untuk melawat dewan di sana yang merupakan acara Kaamatan Kampung Narawang diadakan. Kami dapati yang dewan tersebut baru sahaja siap dibina pada tahun 2017 namun pewayaran di sana masih belum siap sepenuhnya. Diharap agar pihak berwajib dapat membantu penduduk untuk membuat pewayaran di dewan itu.

Sungai yang bersih di Kampung Narawang.
Jambatan Gantung yang menghubungkan penduduk di Kampung Narawang.

Pada 08hb June jam lebih kurang 9 pagi, team kami sampai di Kampung Narawang untuk melihat sukan rakyat di sana. Pelbagai aktiviti yang dianjurkan daripada Kelab Belia Kampung Narawang antaranya ialah permainan lawan lengan, memanjat tiang, sorong daun pisang, bola tampar dan juga bola sepak diadakan. Aktiviti-aktiviti sebegini dapat mengekalkan hubungan persahabatan. Pelbagai reaksi daripada para peserta sukan rakyat ini dan kami turut berasa terhibur dengan gelagat mereka disini. Sukan rakyat ini dianjurkan oleh Kelab Belia kampung Narawang yang diketuai oleh Encik Azroi dan juga Timbala beliau iaitu Encik Johanis. Mereka mengalu-alukan kedatangan Team kami dengamn begitu baik sekali. Kami dapat mengambil foto semasa hari tersebut dan dapat beramah mesra dengan penduduk kampung disana.

Pertandingan Bola Tampar
Pertandingan Bola Sepak.
Pemenang Wanita.
Pemenang Lelaki.
Encik Azroi (yang berbaju merah) merupakan Ketua Belia di Kampung Narawang.

Tibanya malam yang dinanti-nantikan iaitu acara Kaamatan di Kampung Narawang. Sambutan yang diberikan oleh penduduk kampung amat memberangsangkan kerana ramai penduduk kampung yang hadir ke Sambutan Kaamatan itu. Di malam itu, ramai penduduk kampung disana menantikan kehadiran pengasas Vacazzee iaitu Encik William Lee. Pada pukul lebih kurang jam 7 malam, Encik William Lee dan isteri telah sampai ke Kampung Narawang dengan selamat dan disambut meriah oleh Tuan Nashion, Belia dan Penduduk Kampung Narawang dengan tepukan yang sangat gemuruh kerana Encik William Lee merupakan peyumbang hadiah kepada acara Kaamatan yang diadakan di Kampung Narawang. Jamuan makan bersama penduduk kampung disediakan sebelum upacara dilangsungkan.

Ketibaan Encik William dan Isteri di Kampung Narawang.
Penyambut tetamu memakaikan bunga pin kepada Encik William.

Malam Pesta Kaamatan Kampung Narawang dimulakan dengan persembahan Sugandoi daripada peserta pertama hingga keempat. Tidak dinafikan bahawa suara-suara yang merdu datangnya daripada penduduk Kampung Narawang ini sangat hebat sehingga kami sendiri terpukau dengan kemerduan suara mereka. Dengan dendangan lagu-lagu tradisi daripada peserta-peserta yang mengikuti Sugandoi ini telah membuktikan yang mereka tidak pernah melupakan adat dan tradisi mereka. Setelah peserta keempat tamat membuat persembahan, acara Unduk Ngadau dimulakan dengan enam orang peserta yang menyertainya. Siapa bilang gadis Narawang tidak cantik-cantik? Anda sendiri akan terpukau sekiranya melihat kesemua 6 gadis kampung Narawang ini dan amat berbakat dalam acara Unduk Ngadau ini. Kebanyakkan peserta-peserta yang menyertai Unduk Ngadau berusia 15 hingga 20 tahun. Ini menunjukkan yang gadis-gadis ini masih muda dan merupakan waris kepada Kampung Narawang dan juga Ranau untuk menjadi Unduk Ngadau Kaamatan Peringkat Negeri pada masa akan datang. Kesemua penduduk kampung berasa terhibur semasa menghadiri acara pesta Kaamatan di kampung mereka. Apa yang mereka nantikan adalah cabutan tiket bertuah kerana hadiah-hadiah yang menarik seperti hamper, kipas berdiri, dan juga telefon pintar menanti mereka pada masa itu. Team kami juga amat gembira kerana penduduk kampung tetap menanti sehingga ke akhir acara.

Jawatankuasa kampung dan penduduk kampung yang menghadiri Sambutan Kaamatan.
6 Peserta Unduk Ngadau.
Penerima cabutan bertuah.
Hamper kepada penerima tiket bertuah.
Kegembiraan penduduk di kampung Narawang.

Acara diteruskan dengan pengumuman pemenang Sugandoi tempat Pertama, Kedua, dan Ketiga dan hasil keputusan sangat memberangsangkan kerana bakat mereka ini tidak sia-sia dengan menyertai acara seperti ini. Diharap mereka dapat meneruskan bakat mereka hingga ke peringkat yang lebih tinggi kerana potensi mereka amat besar dengan bakat yang sedia ada. Setelah pemenang Sugandoi siap diumumkan, tiba saat-saat yang dinantikan iaitu Pemenang untuk Unduk Ngadau Kampung Narawang. Kesemua peserta yang menyertai dipanggil kembali untuk dimahkota-kan sebagai ratu Unduk Ngadau di Kampung itu. Isteri Encik William Lee telah naik ke atas pentas untuk me-Mahkotakan peserta yang menjadi Juara. Keputusan amat memuaskan dan Juara Unduk Ngadau disandang oleh peserta yang bernama “Locebeth” dan sekaligus menyandang gelaran Unduk Ngadau Kampung Narawang. Syabas diucapkan daripada kami di Vacazzee. Acara tersebut tamat dalam pukul 11 malam. Encik William Lee dan isterinya sempat berbual mesra dengan penduduk kampung sebelum berangkat pulang pada hari itu juga. Setelah siap upacara Pesta Kaamatan tersebut, team kami pun berangkat pulang untuk berehat.

Juara Sugandoi Kampung Narawang.
Naib Juara Peserta Sugandoi Kampung Narawang.
Tempat ketiga Sugandoi Kampung Narawang.
Juara Unduk Ngadau Kampung Narawang.
Siapa sangka peserta Unduk Ngadau ini merupakan adik-beradik.
Juara yang dimahkotakan oleh isteri Encik William kepada Locebeth.

Pada keesokan harinya, pasukan Vacazzee serta ditemani oleh Tuan Nashion dan juga Kelab Belia Kampung Narawang memberikan sumbangan yang merupakan pakaian terpakai yang dibawa sendiri oleh pasukan Vacazzee untuk diberikan kepada penduduk kampung yang kurang berkemampuan. Sumbangan yang diberikan sedikit sebanyak dapat membantu penduduk kampung yang kurang berkemampuan untuk meringankan beban mereka. Dengan bantuan Tuan Nashion dan Kelab Belia, sumbangan tersebut dapat diberikan dan dibahagikan sama rata. Kami telah mengelilingi kampung untuk memberikan sendiri sumbangan itu kepada mereka walaupun kami meredah hujan ketika itu kerana apa yang paling penting bagi kami dapat membantu mereka dengan sumbangan yang kami berikan. Kesemua penerima sumbangan menyambut kami dengan baik sekali dan kami amat berpuas hati dapat melihat kegembiraan di wajah mereka dengan sumbangan yang kami berikan. Kami juga amat kagum dengan belia kampung di sini yang sanggup membantu kami untuk menyampaikan niat ikhlas kami kepada golongan yang kurang berkemampuan di kampung ini. Ribuan terima kasih diucapkan kepada mereka yang sanggup membantu kami di atas penat lelah mereka.

Penerima terawal sumbangan daripada kami.
Kegembiraan yang terpancar di wajah penerima sumbangan semasa memberikan beliau sumbangan ini.
Walaupun basah ditimpa hujan, kami tetap meneruskan kerja amal kami.
Vacazzee dan Kelab Belia Kampung Narawang.
Dengan bantuan kami hulurkan sedikit sebanyak dapat mengurangkan bebanan mereka.

Diharap perkara-perkara yang disebutkan diatas dapat memberikan impak yang kuat kepada orang ramai untuk meneruskan tradisi sebegini bukan sahaja di kampung malahan di bandar juga agar Sabah menjadi tumpuan di mata dunia. Kami juga berharap agar sumbangan yang kami berikan dapat diteruskan bukan sahaja di Kampung Narawang, Ranau tetapi juga kami ingin membantu mereka yang berada di luar bandar yang kurang berkemampuan di tempat lain pada masa akan datang. Semasa lawatan kami, banyak pengalaman dan pengajaran kepada diri kami sendiri agar menjadi insan yang dihormati dan dikagumi oleh semua golongan masyarakat. Diharap suatu hari nanti Team kami di Vacazzee dapat melawat lebih banyak tempat di Sabah untuk membantu dan juga acara yang akan diadakan. Terima kasih yang tidak terhingga kepada Tuan Nashion, Kelab Belia Kampung Narawang iaitu Azroi, Johanis, Berry, Vivi dan juga rakan-rakan mereka yang banyak membantu kami semasa lawatan. Tidak lupa juga kepada orang-orang Kampung Narawang yang menyambut kami dengan begitu baik sekali. Ponsikou.

Team kami dan Kelab Belia Kampung Narawang mengagihkan pakaian terpakai untuk penduduk kampung yang kurang berkemampuan.
Penerima terakhir daripada sumbangan Team Vacazzee dan Kelab Belia dibantu oleh Tuan Nashion.
Jutaan Terima Kasih kepada Kelab Belia Kampung Narawang atas bantuan yang dihulurkan dan Tuan Nashion yang banyak membantu semasa kami berada di Kampung Narawang. Vacazzee Love You <3

2 COMMENTS

  1. Terlebih dahulu saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Team Vacazzee yang begitu prihatin membantu penduduk Kg. Narawang yang kurang berkemampuan. Terima kasih juga atas sumbangan Tuan William Lee dalam menjayakan Program Sambutan Tadau Ka’amatan di Kg. Narawang Ranau. Sumbangan bakti daripada pihak Vacazzee amat saya hargai apalagi penduduk Kg. Narawang pastinya tidak akan pernah melupakan kebaikan Tuan William Lee. Semoga Tuhan akan sentiasa melindungi orang yang baik seperti beliau.

Leave a Reply