Vacazzee

All about East Malaysia's travel information, people, cultures, news and events

News

Adakah Benar Ataupun Rekaan Bahawa Gunung Kinabalu Pernah Diselaputi Salji?

Mendaki Gunung Tertinggi 4,095 Meter Dari Paras Laut.

Gunung Kinabalu adalah gunung yang terletak di Bahagian Pantai Barat Sabah, Malaysia. Ia dilindungi sebagai Taman Kinabalu, Tapak Warisan Dunia.

Kinabalu adalah puncak tertinggi di Banjaran Crocker Borneo dan merupakan gunung tertinggi di Kepulauan Melayu serta gunung tertinggi di Malaysia.

Ketinggian Gunung Kinabalu adalah 4,095 meter (13,435 kaki) di atas paras laut, iaitu kira-kira 6 meter (20 kaki) kurang daripada yang difikirkan sebelum ini dan angka yang diterbitkan sehingga 4,101 meter (13,455 kaki).

Gunung dan persekitarannya adalah antara tapak biologi yang paling penting di dunia, dengan antara 5,000 dan 6,000 spesies tumbuhan, 326 spesies burung, dan lebih daripada 100 spesies mamalia yang dikenalpasti.

Antara koleksi hidupan liar yang kaya ini adalah spesies terkenal seperti tumbuhan Rafflesia yang besar dan orang utan. Gunung Kinabalu telah diberikan status Warisan Dunia UNESCO.

Low’s Peak boleh dipanjat oleh seseorang dalam keadaan fizikal yang baik dan tidak ada keperluan untuk peralatan mendaki gunung di mana-mana titik di laluan utama, tetapi pendaki mesti disertai oleh pemandu terakreditasi ataupun “Malim Gunung” pada setiap masa kerana peraturan taman negara dan mungkin mengalami ketinggian penyakit.

Pemandangan daripada puncak Gunung Kinabalu yang mempunyai ketinggian 4,095 Meter Dari Paras Laut.
Pemandangan daripada atas ke bawah apabila dalam perjalanan menuju ke Puncak.

Adakah Benar Gunung ini Diliputi Salji?

Ramai yang tidak mengetahui bahawa Gunung Kinabalu pernah diliputi salji pada tahun 1993, iaitu 26 tahun yang lalu.

Tempoh yang amat sukar untuk diingati semula kerana telah terlalu lam berlalu bahkan penduduk tempatan juga mungkin telah melupakan tentang salji yang menyelubungi Gunung Kinabalu.

Tetapi masih ada penduduk tempatan yang masih mengingati peristiwa ini. Sejarah ini disegarkan kembali untuk mengingatkan masyarakat khususnya para pelancong dari dalam ataupun luar negara tentang salji yang pernah meliputi Gunung Kinabalu 26 tahun yang lalu.

Sejarah sebegini dapat menarik lebih ramai pelancong untuk mengunjungi Gunung Kinabalu serta mendakinya kerana ianya merupakan salah satu tarikan dan aktiviti yang membuatkan para pelancong teruja untuk mendaki Gunung Kinabalu.

Perjalanan yang diteruskan untuk menuju ke puncak Gunung Kinabalu.
Kejadian salji di puncak gunung 26 tahun yang lalu masi segar di ingatan.

Benar atau tidak kesahihan tentang salji yang menyelubungi Gunung Kinabalu?

Renjer Taman-Taman Sabah Palimin Jasli, 46 tahun, pernah dipaparkan di akhbar New Sabah Times pada 20 Jun 1993 tentang kejadian gunung yang diselubungi ataupun diliputi salji dan mengejutkan orang ramai terutamanya penduduk tempatan.

Di dalam sumber akhbar New Sabah Times, Palimin menceritakan pengalamannya ketika beliau mendaki gunung bersama 10 kakitangan KOKTAS pada 15 jun 1993.

Menurut sumber tersebut, sebelum Palimin serta rakan-rakannya serta pendaki-pendaki memulakan pendakian, cuaca pada ketika itu sangat sejuk berbanding hari sebelumnya, ketika perjalanan mereka ke Laban Rata keadaan cuaca semakin sejuk dan ianya berbeza daripada hari yang lain.

Mereka terpaksa menundakan perjalanan ke puncak sehingga hujan menjadi reda dekat Laban Rata. Mereka meneruskan perjalanan pada jam lima pagi pada hari tersebut.

Palimin yang pada ketika ini berumur 24 tahun mendapat pengalaman Gunung Kinabalu diliputi salji.

Apakah yang Berlaku di Permukaan Puncak Gunung pada Masa itu?

Pada ketika itu, permukaan jalan ke puncak sangat licin untuk pendakian kepada pendaki dan harus mengambil langkah berjaga-jaga.

Apabila kebanyakan pendaki tiba di puncak gunung, kebanyakan daripada mereka terkejut kerana keseluruhan bahagian puncak itu telah dipenuhi salji dan menjadikan suasana yang berlaku pada ketika itu menjadi amat luar biasa.

Palimin, pada masa itu yang masi berumur 24 tahun menjadi saksi kejadian yang luar biasa di puncak Gunung Kinabalu itu bersama-sama dengan rakan-rakannya serta pendaki-pendaki yang ada pada masa itu kerana salji tersebut merupakan salji seperti ianya berserbuk dan bukan membeku seperti ais.

Kata Palimin, kejadian ais sering berlaku di gunung dan ais akan bertakung di dalam takungan lopak.

Seorang pendaki tidak ingin melepaskan peluang pada ketika itu.
Embun beku pada masa kini di perjalanan untuk ke Gunung Kinabalu.

Kali terakhir gunung diselubungi salji pada tahun 1975. Salji ini menyerupai seperti salji yang turun di negara-negara Eropah dan ini merupakan keunikan Gunung Kinabalu yang amat luar biasa.

Salji tersebut turun selepas berlakunya hujan dan turun pada waktu gelap. Berkemungkinan pada ketika itu suhu sangat sejuk dan mengatasi paras negatif di puncak gunung. Salji seperti ini tidak pernah berlaku di Sabah.

Namun setakat ini masih belum ada yang membuat kajian selidik tentang salji di Gunung Kinabalu yang pernah menyeliputinya dahulu.

Cuaca yang sejuk pada masa itu amat luar biasa.

Kajian Terperinci serta Tarikan kepada Pelancongan.

Difahamkan bahawa belum pernah ada pengkaji yang membuat liputan kajian mereka terhadap kejadian salji yang pernah meliputi di puncak Gunung Kinabalu.

Sekiranya kajian dijalankan, ianya dapat membuktikan yang sejarah tersebut bukan hanya rekaan semata-mata walaupun mempunyai ramai saksi pada waktu itu berserta gambar-gambar yang ditunjukkan kerana kajian tersebut dapat membuktikan sesuatu yang terjadi di Puncak Gunung Kinabalu.

Di harapkan agar ada pihal-pihak tertentu ataupun universiti-universiti mengambil bahagian membuat kaji selidik tentang perkara ini kerana berkemungkinan sejarah tersebut akan berulang kembali. Dengan kajian terperinci, ianya dapat dikenalpasti sekiranya salji akan turun kembali.

Laban rata.
Para pendaki-pendaki dan juga Malim Gunung yang mengambil gambar ketika dalam perjalanan ke Puncak Gunung Kinabalu.

Sejarah tentang salji yang meyelubungi Gunung Kinabalu akan membuat tarikan pelancongan bukan sahaja di Gunung Kinabalu, ianya juga akan melibatkan kawasan-kawasan yang berada di Ranau ataupun Kundasang dan menarik lebih ramai pelancong untuk berkunjung ke Kundasang dan Ranau terutamanya Gunung Kinabalu disebabkan keunikan sejarah salji yang menyeliputi Gunung Kinabalu.

Seharusnya sejarah ini berulang pada masa akan datang dan orang ramai akan teruja dengan keunikan gunung tersebut selain daripada flora dan fauna yang ada semasa perjalanan menuju puncak Gunung Kinabalu.

Laluan baru untuk ke Puncak Gunung Kinabalu.
Jambatan gantung yang tertinggi di Malaysia.

Leave a Reply