Vacazzee

All about East Malaysia's travel information, people, cultures, news and events

News

Penerbangan Terus Daripada Kota Kinabalu ke Semporna? Sipadan Air Ditetapkan Berlepas Pada Bulan September.

Kota Kinabalu ke Semporna?

Ramai yang akan tertanya-tanya adakah perkhabaran ini adalah betul ataupun palsu. Adakah Semporna mempunyai lapangan terbangnya tersendiri? Dimanakah kapal terbang hendak mendarat di Semporna?

Minda kita akan terus memberikan tanda tanya sama ada benar ataupun tidak sekiranya ada penerbangan terus daripada Kota Kinabalu ke Semporna.

Pada bulan September tahun ini, Sipadan Air akan menyediakan perkhidmatan sewa pesawat dari Kota Kinabalu menuju ke Semporna.

Perkhidmatan penerbangan yang disediakan oleh Equus Air ini akan menggunakan pesawat Twin Otter untuk berlepas dari Kota Kinabalu ke Semporna.

Pengerusi Syarikat Penerbangan Equus Air, Datuk Omar Ali Tun Sakaran menegaskan bahawa perkhidmatan penerbangan ke dan dari Kota Kinabalu dan Semporna akan diatur mengikut keperluan dan bilangan pelancong. Bulan September ini nanti akan dapat menjawab kesemua persoalan yang bermain di minda anda pada masa ini.

Perancangan Untuk Meningkatkan Perniagaan
Penerbangan.

Menurut Datuk Omar Ali, pada permulaan perkhidmatan penerbangan ini, sekurang-kurangnya harus mempunyai satu penerbangan pagi daripada Kota Kinabalu menuju ke Semporna, dan disertakan penerbangan kembali ke Kota Kinabalu dari Semporna pada sebelah petang.

Sekiranya permintaan pelancongan domestik amat memerlukannya, syarikat tersebut akan mempertimbangkan untuk menambahkan pesawat penerbangannya selain daripada perkhidmatan sewa penerbangan.

Datuk Omar Ali menyatakan Syarikat berharap perkhidmatan Sipadan Air, Semporna akan dapat mempromosikan pelancongan di rantau ini, terutamanya Sipadan, dan membantu kerajaan negeri dalam mempromosikan pelancongan di Pantai Timur.

Di samping itu, beliau juga mendedahkan bahawa Sipadan Air juga merancang untuk membuka laluan Kota Kinabalu ke Ranau yang merupakan destinasi paling popular bagi pelancong asing dan tempatan seperti di Gunung Kinabalu, serta penerbangan dari Kota Kinabalu ke Kudat di mana pelancong asing dan tempatan dapat melawat kawasan “Tip Of Borneo”.

Sipadan Air akan menguruskan penerbangan sewa sementara mengikut keperluan pelanggan.

Pesawat Twin Otter Menjadi Pengangkutan Untuk Sipadan Air.

Perkhidmatan penerbangan yang disediakan oleh Equus Air ini akan menggunakan pesawat Twin Otter untuk berlepas daripada Kota Kinabalu ke Semporna.

Penerbangan sewaan menggunakan dua pesawat Twin Otter dijangka juga dapat membuka satu bab baru dalam industri pelancongan Negeri ini di mana pelancong akan dapat mencapai beberapa destinasi pelancongan popular di Sabah melalui udara.

Penerbangan sulung untuk kedua-dua Twin Otters ke Semporna akan membawa sejumlah lebih daripada 30 pelancong China.

Debut Dalam Industri Penerbangan Domestik Bermula Pada Bulan September 2019.

Pengeluaran Sabah tersendiri, Sipadan Air akan membuat kemunculan sulungnya dalam industri penerbangan domestik apabila ia melancarkan penerbangannya kepada pelancong asing ke Semporna dari Kota Kinabalu pada September tahun ini dan ianya telah terlebih dahulu ditempah walaupun sebelum dilancarkan.

Dengan tempahan awal ini, ianya menunjukkan bahawa Sipadan Air akan lebih berkembang pesat di rantau Sabah dan berkemungkinan akan meluaskan sayapnya ke seluruh Borneo seperti Syarikat Penerbangan yang lain.

Perkembangan ini sekaligus dapat meningkatkan Industri Pelancongan di Sabah dan mempromosikan Semporna sebagai “ICON” penerbangan ini.

Diharap kemunculan Sipadan Air yang diusahakan oleh Syarikat Equus Air ini dapat mempertingkatkan kadar pelancong asing dan juga tempatan ke Negeri Sabah kerana Sabah merupakan salah satu destinasi pelancongan yang paling ramai dikunjungi di Malaysia.

Tagline Sipadan air akan menjadi sebuah mercu yang akan dibanggakan oleh rakyat Sabah iaitu “FROM ISLANDS TO HIGHLANDS” dalam bahasa Malaysia bermaksud daripada pulau ke dataran tinggi.

AKAN DATANG SEPTEMBER INI!

Leave a Reply