Vacazzee

All about East Malaysia's travel information, people, cultures, news and events

Travel Info

Arnab daripada Sabah ini Menghilangkan Segala Stress Dengan Gelagat Comel Mereka.

Arnab Village kini menjadi salah satu tarikan pelancong di sini dan apa yang lebih  menggembirakan ialah para pengunjung dapat mendekati ratusan arnab di mana lebih daripada lapan spesies terdapat di desa bekenaan.

Pengunjung yang bergembira di Arnab Village.

Sejak ia dibuka pada hujung tahun 2015, kini sambutannya amat memberangsangkan sekali dan menerima kunjungan ramai pelawat dari dalam serta luar negara. Selain dari kunjungan orang Sabah, orang luar daripada Sarawak, Semenanjung serta kunjungan daripada luar negara turut tidak melepaskan peluang untuk melihat kecomelan arnab tersebut walaupun desa ini masih di peringkat awal.

SELAMAT DATANG KE DESA ARNAB DI KUNDASANG!

PEMILIK ARNAB VILLAGE KUNDASANG

Pemiliknya, anak jati Kundasang Jubair Juhinin. Beliau bermula dengan hanya dua ekor arnab, kemudian bilangannya semakin bertambah. Seterusnya beliau bertekad belajar daripada usahawan-usahawan berjaya untuk mengembangkan perniagaanya.
Memelihara arnab merupakan hobinya dan menyedari bahawa pemeliharaan arnab ini berpotensi dijadikan kepada perniagaan yang meluas terutamanya dalam industri pelancongan. Sebelum memulakan perniagaan ini, pelbagai cabaran yang dihadapi olehnya, iaitu tidak mempunyai mentor dalam penternakan binatang arnab dan pelancongan untuk menarik perhatian orang ramai. Ketika membangunkan perniagaan ini,  beliau turut banyak dibantu oleh kedua ibu bapanya, keluarga serta rakan-rakannya yang sentiasa memberikan sokongan penuh kepadanya. Beliau kini akan merancang untuk meningkatkan produk perniagaannya.

Jubair juga ada menasihatkan kepada usahawan-usahawan yang baru berkecimpung dalam bidang perniagaan khususnya golongan muda supaya harus lebih berani, kerana berani berimpian besar, berimpian itu percuma dan setiap apa yang minda kita mampu bayangkan pasti boleh direalisasikan.

Pemilik Arnab Village, Jubair Juhinin.

SPESIES ARNAB YANG DIPERKENALKAN MAMPU MENGURANGKAN STRESS?

Spesies yang ada di sini adalah seperti New Zealand White, French White, Mixed Rex, Anggora, Lion Head, Mini Satin, Netherland Dwarf dan Lop Ear. Baka-baka eksotik tersebut beliau mendapatkannya daripada pencinta arnab dari seluruh negeri ini. Manakala bagi baka campuran tempatan, Jubair mengambil baka itu di Jabatan Penternakan Haiwan di Bentayan Tamparuli. Objektif utama dalam desa arnab ini adalah nilai kegembiraan dan kasih sayang terhadap haiwan comel yang mampu mencuit hati para pengunjung yang hadir ke tempat ini. Pelawat yang datang ke sini amat gembira dan teruja terutamanya kanak-kanak, buktinya, semua yang berada di Arnab Village pasti akan mendengar suara-suara gembira, ketawa dan teriakan kanak-kanak kerana begitu teruja dan gembira bila masuk ke kawasan desa yang dipenuhi dengan arnab yang jinak dan comel daripada pelbagai spesies. Arnab Village akan bekerjasama dengan agensi-agensi pelancongan dan membincangkan tentang nilai-nilai yang boleh boleh menyumbang kepada industri pelancongan di Malaysia agar mampu menarik lebih ramai pelancong asing ke sini.

Sangat Comel, kanak-kanak ini begitu teruja dengan Arnab-Arnab yang mengurumuninya.
Pengunjung-pengunjung yang terhibur dengan Arnab-Arnab ini.
Gelagat yang sangat comel daripada arnab yang terdapat di Arnab Village
Tempat di mana arnab arnab ini bermain.
Adakah anda masih menafikan haiwan ini mampu menghilangkan stress?

Tempat ini sememangnya sesuai bagi anda yang menyukai haiwan yang comel ini. Di sini, anda boleh memberi makanan kepada arnab-arnab dengan syarat makanan diperolehi daripada kaunter pendaftaran tadi. Anda juga boleh bermain, mengusap, bergambar dan sebagainya selagi ianya tidak mendatangkan kemudaratan atau kecederaan terhadap arnab-arnab ini. Tiada masa yang dihadkan dalam memasuki taman ini, bermakna anda boleh berada di taman ini sebaik dibuka sehingga ditutup pada waktu petang. Tambahan pula, arnab yang terdapat dalam taman ini sangat jinak dan akan berusaha mendekati anda dengan harapan diberikan makanan. Setiap lokasi yang selalu dikunjungi orang ramai mempunya peraturan masing-masing. Taman Arnab di Kampung Purakagis juga mempunyai peraturan seperti yang dinyatakan dalam gambarajah dibawah. Secara ringkasnya, jangan melakukan perkara yang boleh mendatangkan kecederaan terhadap arnab di dalam taman.

pERATURAN YANG HARUS DIPATUHI PENGUNJUNG.

YURAN MASUK DAN CENDERA HATI DI ARNAB VILLAGE.

Yuran untuk masuk yang dikenakan adalah percuma bagi kanak-kanak manakala orang dewasa pula hanya perlu membayar RM 3.00 setiap orang. Tiket perlu diperolehi daripada kaunter tiket sebelum masuk ke taman ini. Terdapat kedai cenderamata dalam kawasan Taman Arnab ini. Mungkin anda ingin membeli sesuatu sebagai tanda ingatan bahawa anda pernah berada di taman ini atau ingin beristirehat sebentar bagi menghilangkan penat. Para pengunjung boleh membeli arnab dengan harga yang amat berpatutan, iaitu RM 35 ringgit (baka). Selain daripada itu, tempat ini juga menyediakan perkhidmatan penginapan “HOMESTAY”.

Lokasi Tempat Arnab Village

https://www.google.com/maps/place/Arnab+Village/@5.9353156,116.627974,17z/data=!3m1!4b1!4m5!3m4!1s0x323b9092e8721e4b:0x7d6b9c96fbe7d7c1!8m2!3d5.9353156!4d116.6301627

ARNAB VILLAGE!!

Leave a Reply