Vacazzee

All about East Malaysia's travel information, people, cultures, news and events

Travel Info

Penggemar Kucing Pasti akan Terpukau Pengsan Apabila ke Tempat ini. Koleksi Artifak Kucing yang Pertama di Dunia berada di BORNEO.

Pengenalan Muzium Kucing di Kuching, Sarawak.

Kucing merupakan haiwan yang hidup bersama manusia sejak dari dahulu lagi. Haiwan ini mempunyai sifat yang sangat comel serta kenakalan haiwan ini yang mencuit hati. Bagi pandangan umat Islam pula, kucing merupakan haiwan kegemaran Rasulullah s.a.w..Kajian daripada pengkaji seluruh dunia menyatakan yang kucing ini dapat menghilangkan tekanan yang ada pada diri manusia. Bunyi getaran “purr” akan menghasilkan gelombang ke otak manusia seterusnya akan memberi ketenangan. Anda semua wajib ke tempat ini jika menggelar diri anda penggemar kucing

Haiwan ini merupakan teman baik kepada manusia dan dapat menhilangkan stress dalam diri.

Tiada siapa yang menjangka bahawa muzium Kucing ini merupakan yang pertama dan satu-satunya muzium kucing yang berada di dunia, mempamerkan pelbagai jenis koleksi-koleksi artifak kucing seluruh dunia. Ianya turut mempamerkan jenis-jenis kucing dan juga lukisan-lukisan kucing pra-sejarah yang amat terkenal pada suatu ketika dahulu. Anda pasti akan teruja melihat kepelbagaian yang dipamerkan di Muzium Kucing ini yang satu-satunya berada di dunia ini dengan melihat pelbagai artifak kucing serta replika Kucing yang telah pupus diawet untuk pameran di Muzium Kucing ini.

Pintu masuk untuk ke dalam bagi melihat koleksi-koleksi artifak kucing.

Ia ditubuhkan pada tahun 1993 dan dimiliki oleh Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU). Idea membina muzium kucing itu diilhamkan oleh Ketua Menteri Sarawak Abdul Taib Mahmud dan isterinya Laila Taib. Terdapat lebih kurang 2000 bahan pameran, artifak serta tugu mengenai kucing dari serata dunia. Menurut kepercayaan masyarakat Malaysia dan Cina, kononnya kucing dikatakan sebagai haiwan yang membawa tuah. Muzium ini merangkumi keluasan 1,035.9 meter persegi di sebuah bukit berhampiran Kuching dipanggil Bukit Siol. Pada tahun 1987, pertunjukan kucing pertama diadakan di Kuala Lumpur. Pada 1 Ogos, pameran sama diadakan di Kuching apabila ia diberi jolokan “Bandar Raya Kucing”.


Struktur bangunan “CAT MUSEUM” daripada luar yang dimiliki DBKU.

Apakah yang Ada di Dalam Muzium Kucing Ini? Adakah Kucing di Dalam Muzium Ini?

Walaubagaimanapun, Muzium Kucing ini tidak mempunyai kucing hidup yang ada di dalamnya. Ianya hanya bertemakan muzium kucing yang menceritakan jenis-jenis kucing, sejarah kucing, gambar-gambar kucing dan replika kucing. Di samping itu, anda dapat menambah ilmu pengetahuan tentang kucing. Antara tumpuan pengunjung yang menarik perhatian mereka ke sini adalah pusara kucing dan juga kucing yang diawetkan. Lukisan-lukisan yang menarik juga turut dipamerkan serta ada juga gambar kucing yang dilihat sangat melucukan. Pengunjung yang ingin melawat ke Muzium Kucing ini boleh datang mengunjunginya pada hari Isnin hingga hari Ahad pada jam 9.00 pagi hingga jam 5.00 petang. Satu-satunya aktiviti di Muzium Kucing adalah mengambil gambar. Kelihatan seperti membosankan tetapi dengan adanya replika dan gambar yang menarik, anda semua pasti akan berasa berat hati untuk meninggalkan tempat Muzium Kucing ini. Harga dan kos terlibat untuk ke Muzium Kucing ini ialah Kamera handphone RM 3, Kamera Biasa RM 3, Kamera Digital RM 4, Kamera Video RM 5. Dengan harga serendah ini anda berpeluang untuk mengambil seberapa banyak gambar yang terdapat di Muzium Kucing ini kerana amat rugi untuk anda sekiranya tidak mengambil simpanan memori ketika melawat ke Muzium Kucing ini.

Selamat Datang ke Muzium Kucing.
Pemaran gelas kaca yang berada di Muzium Kucing.
Pusara kucing yang digelarkan “DICK” sangat menarik perhatian pengunjung.
Pameran gua kucing yang terdapat di sini mempamerkan jenis-jenis kucing.
Lukisan Kucing yang sangat mencuit hati para pengunjung.
Anda juga boleh mebeli kraftangan daripada Muzium Kucing ini.
Salah satu replika kucing yang dipamerkan di sini.
Gambar-gambar kreatif di Muzium Kucing.

Lokasi Terletaknya Muzium Kucing Ini.

Lokasi Muzium Kucing daripada Bandaraya Kuching hanya terletak 12.6 KM dan mengambil masa selama 20 minit sekiranya anda memandu daripada bandaraya Kuching. Anda juga boleh menaiki pengangkutan awam seperti Teksi ataupun servis E-Hailing Ini ialah butiran untuk pergi ke Muzium Kucing ini, ianya akan disertakan dengan pautan untuk pergi ke sana.

  • Alamat : Bangunan DBKU, Bukit Siol, Jalan Semariang, Petra Jaya, 93050 Kuching, Sarawak.
  • Nombor Telefon : 082-446 688
  • Waktu Operasi : Setiap Hari (9 AM – 5 PM)
  • Pautan Lokasi :

https://www.google.com/maps/place/Cat+Museum,+Petra+Jaya,+Sarawak./@1.5866115,110.3319778,17z/data=!3m1!4b1!4m5!3m4!1s0x31fba81da92f1d6b:0x5d7d150c8c88d318!8m2!3d1.5866115!4d110.3341665

By: Shamsul

Leave a Reply