Vacazzee

All about East Malaysia's travel information, people, cultures, news and events

Travel Info

Ingin menuju puncak? Sahut Cabaran ke Nulu Tinorindak.

Nulu Tinorindak merupakan bukit yang terdapat di Kundasang.

Kini, Nulu (Bukit) Tinorindak sudah pun dibuka kepada orang ramai berikutan pembukaannya pada 28 Mei 2016, yang telah dirasmikan oleh Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri Sabah, Datuk Masidi Manjun pada masa itu.

Kunjungan dan perasmian beliau merupakan hari yang amat bersejarah bagi penduduk Kampung Lembah Permai. Cerita dari Ranau ini turut memberi peluang kepada pelancong untuk mendaki bukit yang mempunyai ketinggian 1720 meter ini.

Laluan jalan bukit ini sama seperti laluan mendaki Gunung Kinabalu. Setelah menyempurnakan pendakian dan penurunan bukit, ia mengambil masa selama empat jam untuk menyiapkan kedua misi tersebut.

Bagi para penggemar “HIKING”, aktiviti lasak di tempat sebegini amat sesuai kepada mereka yang ingin menyahut cabaran.

Papan tanda ini mengucapkan ” SELAMAT MENDAKI NULU TINORINDAK”.

Sepanjang pendakian bukit ini, para pendaki juga dapat menikmati keindahan alam semulajadi semasa dalam perjalanan.

Suasana yang begitu tenang dan suhu bukit yang sejuk justeru memberi kesegaran dan ketenangan kepada para pendaki. Dalam perjalanan untuk pendakian, pendaki wajib ditemani oleh Ahli Jawatankuasa (AJK) ataupun dikenali sebagai malim.

Laluan perjalanan bukit ini amat mencabar berbanding dari perjalanan Gunung Kinabalu kerana jalan laluan bukit tersebut sangat curam dan memerlukan fizikal dan mental yang begitu kuat.

Namun begitu, ketika hampir tiba di puncak pendaki akan merasa bersemangat untuk terus berjalan bagi melengkapkan misi untuk sampai ke Puncak Bukit Tinorindak.

Perasaan berada di puncak amatlah berbaloi dan tidak sia-sia seterusya dapat pula untuk menikmati keindahan bukit yang sangat menakjubkan di sini.

Pendakian yang sangat menguji mental dan fizikal untuk terus sampai ke puncak.
Gansau-gansau Trail merupakan laluan yang telah diberi nama.
Hampir tiba ke Puncak.

Banyak pengajaran dan inspirasi yang boleh diambil semasa dalam pendakian dan selepas sampai ke puncak Bukit ini antaranya adalah percaya kepada diri sendiri yang boleh berjaya sampai ke puncak dengan mengharungi pelbagai cabaran semasa dalam perjalanan ke Puncaknya.

Ini menunjukkan bahawa tiada yang mustahil untuk melakukan aktiviti mencabar sebegini dengan kejayaan serta memberi impak yang mendalam kepada diri para pendaki.

Kegembiraan yang lahir daripada diri dengan kemampuan serta tekad untuk sampai ke puncak bukit menunjukkan keupayaan serta kekuatan luaran dan dalaman sangat diperlukan semasa pendakian.

Semangat untuk sampai ke puncak amat berharga daripada berputus asa. Begitulah pengajaran yang diperolehi oleh para pendaki yang telah sampai ke puncak bukit ini. Ianya sangat mengujakan dan sangat memuaskan.

Di sinilah tempatnya keyakinan dalam diri akan muncul dengan pelbagai cabaran dan liku-liku perjalanan sebelum tiba ke puncak dan hasilnya sangat memberangsangkan dan keyakinan diri juga turut meningkat.


Pengunjung beristirihat setelah penat mendaki Bukit Tinorindak yang pastinya memerlukan kekuatan fizikal dan mental. Pendaki dapat menikmati keindahan alam semulajadi yang sangat menakjubkan di sini.
Sambil mendaki, sambil berselfie.
Pendaki yang berjaua sampai ke puncak nampaknya sangat gembira dan berpuas hati.
Oooops, jangan jealous. Mereka dapat sampai ke sini kenapa tidak kita? Orang Sabah cakap “JANGAN KASI LAMA BOSSKU”.

Bagi mereka yang ingin ke sini, ianya hanya mengambil masa dalam anggaran 2-3 jam bergantung kepada pemanduan seseorang untuk sampai ke destinasi ini.

Anggaran tambang menaiki pengangkutan ke Nulu Tinorindak di dalam lingkungan RM30 dan ke atas bergantung kepada perkidmatan pengangkutan yang digunakan untuk menuju ke destinasi ini di Kundasang.

Untuk membuat tempahan ekspedisi ini, anda bolehlah menghubungi Persatuan Rekreasi Nulu Tinorindak Lembah Permai di talian:

013-867 6864 (Fadhli Tajuddin) .

014-6779 723 (Fikri Hain).

Sila ikuti pautan ini sekiranya anda ingin mencabar diri anda ke Nulu Tinorindak.

https://www.google.com/maps/place/PERSATUAN+REKREASI+NULU+TINORINDAK/@5.991781,116.5734044,17z/data=!3m1!4b1!4m5!3m4!1s0x323b99ba8a2a38e3:0x91ab2dd077423a45!8m2!3d5.991781!4d116.5755931

Puncak Nulu Tinorindak yang sangat menarik dan menakjubkan. Selamat menuju puncak.

By Shamsul

Leave a Reply