Vacazzee

All about East Malaysia's travel information, people, cultures, news and events

Travel Info

Wah! Bajet RM50 pergi travel tapi “feel” macam di Oversea?

Menjadi kebiasaan kita cemburu bila nampak kawan-kawan ramai post gambar di media sosial semasa atau selepas melancong atau travel pergi luar negara.

Cemburu tapi kita tidak ada bajet tinggi untuk beli tiket kapal mahal dan tukaran duit asing.

Tapi sebenarnya ramai yang lupa sebenarnya di dalam negara sendiri pun ada tempat melancong serendah RM50 pun feel setanding macam di luar negara!!! RM50 saja bajet??

Iya bah betul ni.. tidak tipu punya. Sebenarnya banyak tempat yang boleh kamu lawati dengan bajet rendah feel oversea ni tapi untuk tulisan kali ini saya lebih suka cerita tempat paling sejuk di Sabah iaitu Kundasang.

KEHIJAUAN ALAM SEMULAJADI YANG CUKUP MENAKJUBKAN.

Apa yang ada di kundasang tu? Kundasang ada satu tempat yang di panggil DESA DAIRY FARM. APA TU DESA DAIRY FARM NI??

Desa Dairy Farm ini adalah salah satu tarikan terbesar di Sabah tau dan berjaya menarik jutaan orang setiap tahun untuk datang sini.

Walaupun pada asalnya tempat ni tempat pembiakan lembu dan juga memerah susu segar yang sedap itu.

Tapi sebab semakin ramai orang yang datang melawat akhirnya pemilik membuka tempat ini sebagai destinasi pelacongan untuk semua. APA YANG “SPECIAL” DI SINI??

Pertama sekali memang tempat ini sangat cantik. Latar belakang Gunung Kinabalu saja pun sudah buat mata sejuk memandang. Lepas tu tengok kawasan rumput luas nampak sampai hujung mata pun rasa damai .

Sesuai juga untuk orang rabun. Sebab doktor pun sarankan orang rabun tengok tempat dan warna hijau.

SELAMAT DATANG KE DESA DAIRY FARM.
LALUAN UTAMA KE PINTU MASUK DESA DAIRY FARM.
PENGUNJUNG YANG BERGEMBIRA MENIKMATI ALAM SEMULAJADI DENGAN MENGAMBIL FOTO SEBAGAI KENANGAN YANG TIDAK AKAN DAPAT DILUPAKAN.

Pengunjung boleh menikmati produk tenusu fresh dari ladang tau di sini.. Susu yang baru diperah boleh diminum terus lepas mereka proses masuk dalam kotak. Aiskrim dan yogurt fresh pun ada. 100% hasil ladang. Feel oversea. Lepas tu sambil minum susu tengok lembu makan rumput rasa macam di New Zealand. Kenapa pula boleh rasa macam di New Zealand?? Sebab untuk pengetahuan kamu semua lembu di sini warna polkadot!! Baka import dari oversea betul betul sebiji macam New Zealand ditambah pula dengan cuaca yang sejuk di sini.

TERNAKAN LEMBU POLKADOT YANG TERDAPAT DI DESA DAIRY FARM.
HASIL PENGELUARAN DARIPADA DESA DAIRY FARM YANG BOLEH DINIKMATI DI DESA DAIRY FARM. IANYA 100% HASIL PENGELUARAN DESA DAIRY FARM SENDIRI.

DESA DAIRY FARM CAFE. DI SINI, ANDA BOLEH MENDAPATKAN PELBAGAI SUSU KELUARAN MEREKA.

DESA SUSU COKLAT, FRESH MILK, AISKRIM DAN YOGURT YANG DIHIDANGKAN DI DESA DAIRY FARM.
SELAIN DARIPADA LEMBU, KAMBING JUGA MERUPAKAN TERNAKAN YANG TERDAPAT DI DESA DAIRY FARM. PENGUNJUNG SEDANG BERMAIN DENGAN KAMBING.

MACAM MANA MAHU DATANG SINI?? Ini soalan biasa orang tanya sebab mahu rasa feel oversea tu. Dari kota kinabalu boleh naik bas dan teksi dari Padang Bandaran Kota Kinabalu.

Ada juga orang yang menyewa kereta untuk datang sini. Bagi yang naik public transport tiada masalah kenderaan sebab di pekan Kundasang ramai “pirate” atau pun pemandu boleh membawa kamu datang ke tempat ini.

Untuk lebih tips dan review tempat melancong yang ada di Sabah jangan lupa like dan follow page “VACAZZEE” kami untuk mendapatakan info terkini dan tips berguna untuk pengunjung yang ingin datang melancong ke Sabah.

TERIMA KASIH. SILA DATANG LAGI.

Leave a Reply