Vacazzee

All about East Malaysia's travel information, people, cultures, news and events

Travel Info

Apakah yang Ada Disebalik Rahsia Pulau Mantanani yang Sering “Memukau” Para Pelancong?

Mungkin ramai yang tidak tahu mengenai pulau mantanani yang berada di Negeri di bawah bayu ini bukan?

Namun, ianya sering menjadi tumpuan pengunjung tempatan dan para pelancong terutamanya luar negara untuk mendekati pulau ini seperti pulau tersebut “Memanggil” pelancong untuk mengunjungi pulau yang sangat indah untuk mata memandang ini.

Para pelancong sangat teruja menikmati keindahan pulau tersebut yang mempunyai pelbagai jenis alam semulajadi dan hidupan lautnya.

Airnya yang begitu jernih dan bersih kebiruan dengan hidupan marin di lautnya serta persisiran pasir pantai putih yang menyuburkan pokok-pokok kelapa di pulau ini membuatkan pengunjung khususnya pelancong luar negara menjadi begitu terpukau, tertarik dan tertumpu dengan kecantikan alam ciptaan Tuhan ini, menjadikan Pulau Mantanani menjadi destinasi yang menakjubkan bagi aktiviti menyelam scuba, snorkeling dan juga berjalan mengelilingi pulau ini.

Apa yang sering menjadi tanda tanya adalah apa yang berada di sebalik rahsia Pulau Mantanani yang menjadi tumpuan sehinggakan para pelancong “terpukau” dengan pulau tersebut?

Gambaran Pulau Mantanani dari sudut atas yang sangat menakjubkan
Laut jernih yang kebiruan, pantai pasir putih yang indah dengan diteduhi oleh pokok-pokok kelapa di persisiran pantai yang memukau dengan pemandangan yang cukup indah.

Pulau Mantanani merupakan sebuah destinasi Pulau Pelancongan yang terdapat di Sabah dan merupakan di antara 10 pulau yang tercantik yang berada di Asia.

Perjalanan apabila memandu dari ibu kota, Kota Kinabalu mengambil masa lebih kurang 60 minit (sejam) untuk sampai ke Kota Belud.

Apabila sampai di Kota Belud, ianya juga mengambil masa selama 60 minit (sejam) untuk sampai ke destinasi dengan menggunakan bot laju ataupun “speedboat” bergantung kepada keadaan laut pada masa itu.

Dengan keindahan alam semulajadi ini, pelancong luar dapat menghirup udara yang nyaman dengan bayu yang halus bertiupan yang menghilangkan segala semua masalah mereka yang menjadi punca mereka terpukau dengan Pulau Mantanani.

Apa yang lebih menarik tentang Pulau Mantanani ini adalah penduduk Pulau yang menetap di Pulau tersebut sangat peramah dan menyambut tetamu mereka dengan hati yang gembira dan terbuka.

Di sabah sendirinya, tiada perbezaan di antara kaum dan bangsa kerana semuanya adalah sama. Begitulah harmoninya penduduk pulau ini yang begitu peramah menjadikan para pelancong luar negara berasa senang hati dan merasa selamat ketika mengunjungi Pulau Mantanani.

“Speedboat” yang membawa pengunjung ke Pulau Mantanani dan juga jeti ketibaan Pulau Mantanani. Pemandangan yang sangat-sangat cantik. Jangan hairan sekiranya anda “Terpukau”.
Para pelancong yang tiba di Pulau Mantanani.
Para pelancong yang menaiki speedboat untuk ke destinasi , Pulau Mantanani.

Antara tarikan utama yang begitu memukau para pelancong yang datang ke sini adalah aktiviti menyelam scuba dan snorkeling.

Apa yang menarik mengenai aktiviti menyelam ini adalah para penggemar menyelam scuba dapat menerokai alam hidupan laut yang berada di Pulau ini yang membuatkan mereka jatuh cinta dengan rahsia yang berada dalam hidupan laut di pulau ini.

Ianya seperti menyelam ke dunia yang baru. Tarikan yang sering menjadi tumpuan pelancong luar negara adalah menyelam bersama dugong. Dugong-dugong ini dikesan hampir setiap hari oleh para penyelam yang menyelam di kawasan pulau tersebut.

Anda merupakan orang yang sangat bertuah sekiranya dapat melihat dugong menyelam dan bermain bersama mereka.

Namun, kesemua tetamu dinasihatkan untuk menjarakkan diri mereka daripada dugong-dugong yang suka bermain ini untuk kerana dugong ini sangat malu terutama apabila ramai pengunjung untuk melihatnya.

Di samping itu juga, snorkeling dan scuba diving di Pulau Mantanani juga dapat membawa pelancong yang mengunjungi pulau ini untuk melihat habitat hidupan yang berada di dasar laut.

Antara yang kita dapat lihat semasa snorkeling ataupun menyelam ialah habitat kepelbagaian karang laut atau dikenali sebagai “sea coral” daripada para pelancong.

Selain daripada “sea coral”, kita juga dapat melihat pelbagai jenis hidupan laut di Pulau Mantanani apabila kita melakukan aktiviti snorkeling ataupun scuba diving.

Jika anda ingin tahu apa hidupan laut yang boleh anda terokai dan ketemui di dasar laut Pulau Mantanani, anda boleh alami sendiri ke Pulau Mantanani kerana perkataan tidak dapat untuk menggambarkan keindahan habitat laut yang berada di Pulau Mantanani.

Ianya sangat indah seperti berada di alam yang lain.

Para pelancong menyelam bersama beberapa habitat laut di Pulau Mantanani.
Penyelam yang bertuah menemui penyu ketika menyelam di Pulau Mantanani.
Antara tarikan utama yang betul-betul “MEMUKAU” para pelancong adalah mamalia laut ini iaitu DUGONG yang terdapat di Pulau Mantanani.
Kepelbagaian habitat “SEA CORAL” di sini turut menjadi tumpuan para penyelam scuba.
Para pelancong sangat seronok melakukan aktiviti Snorkeling di Pulau Mantanani.
Aktiviti snorkeling di Pulau Mantanani.
Para pelancong yang teruja melakukan aktiviti ini dapat berjumpa “kawan” baru yang turut mengikuti aktiviti snorkeling.

Pasir putih yang meliputi pulau ini juga boleh menjadi tempat untuk kita bersantai dengan keluarga ataupun rakak-rakan. Sekiranya merasakan bosan di pulau ini, para pengunjung boleh melakukan aktiviti riadah di pulau ini seperti bermain bola tampar pantai, mengutip ketam di persisiran pantai dan melakukan kayak untuk menghilangkan kebosanan. Berjalan di sekitar pulau dan melihat kehidupan penduduk pulau ini sebagai nelayan jaga antara aktiviti yang boleh menghilangkan kebosanan semasa berada di sini.

Tiupan bayu yang nyaman serta pantai yang bersih membolehkan para pelancong melakukan aktiviti bermain bola tampar pantai di Pulau Mantanani.
Berkayak dapat menghilangkan kebosanan para pelancong. Anda dapat melihat sendiri keindahan laut yang jernih kebiruan di pulau ini.
Duduk dan bersantai di tepi pantai dengan udara yang nyaman di Pulau Mantanani.

Anda tidak akan merasa cukup untuk sehari menikmati keindahan Pulau Mantanani kerana masih banyak rahsia yang perlu diterokai di pulau ini disebabkan pulau ini telah“memukau” perhatian anda untuk menetap lebih lama di sini.

Pulau ini juga menyediakan lebih kurang 5 tempat penginapan resort dan juga penginapan homestay untuk para pelancong yang ingin menginap lebih lama di pulau ini.

Antaranya ialah Palm Beach, Mantanani Dream, Mari-Mari Mantanani, Low Price Holiday dan Bambaran Beach Resort.

Kemudahan ini bertujuan untuk para pelancong yang telah “terpukau” dengan kecantikan dan keindahan yang terdapat di Pulau Mantanani ini untuk menginap di pulau ini yang masi belum puas menerokai sepenuhnya pulau ini.

Rugi untuk anda tidak singgah ke Pulau Mantanani kerana anda tidak akan merasa jemu apabila berada di Sabah sekiranya Pulau Mantanani menjadi destinasi anda. Pasti anda juga akan “dipukau” oleh pulau ini.

Pulau Mantanani yang indah, cantik yang menarik daripada pandangan atas.

Leave a Reply