Vacazzee

All about East Malaysia's travel information, people, cultures, news and events

Travel Info

“Bebola Jingga” Tanjung Aru Beach yang megah menjadi tumpuan ribuan pelancong setiap hari.

Tanjung Aru Beach merupakan salah sebuah destinasi yang terkenal bagi para pengunjung khususnya para pelancong untuk menikmati pemandangan matahari terbenam di sini.

Pada setiap hari, dijangka ribuan pelancong bertandang ke Tanjung Aru Beach untuk melihat sendiri “Bebola Jingga” ataupun matahari terbenam.

Pengunjung juga disediakan dengan gerai-gerai makanan yang enak seperti satay ayam dan daging, air kelapa yang enak, jus buah-buahan, kacang-kacang dan banyak lagi yang terdapat di Tanjung Aru.

Tumpuan para pelancong di Tanjung Aru ini tertumpu kepada Tanjung Aru Beach 2 atau lebih dikenali sebagai “Prince Phillip Parks”.

Di sini, kita dapat melihat pemandangan matahari terbenam dengan lebih jelas dan rata-rata pelancong yang datang ke sini amat berpuas hati dapat melihat sendiri pemandangan yang menarik ini.

Ianya tidak begitu jauh daripada pusat bandaraya Kota Kinabalu, hanya terletak 6 Kilometer daripada Pusat Bandaraya.

Sekiranya anda merancang untuk bercuti bersama keluarga ataupun rakan-rakan ke Sabah terutamanya Kota Kinabalu, dipesilakan untuk berkunjung ke Tanjung Aru Beach untuk menikmati sendiri pemandangan matahari terbenam di sini.

Anda boleh melihat matahari terbenam di tiga lokasi Tanjung Aru Beach iaitu Beach 1, Beach 2 dan Beach 3 namun yang menjadi tumpuan ialah Beach 2 kerana mempunyai banyak gerai-gerai makanan, minuman dan lain-lain lagi.

“Bebola Jingga” yang megah ini merupakan tumpuan kepada para pelancong ke Kota Kinabalu pada petang hari. Wajib untuk anda mengalami sendiri pemandangan ini sekiranya anda berada di Kota Kinabalu untuk melengkapkan perancangan anda di sini.
Kamehamehaaa!! Saat-saat romantis pelancong yang berkunjung untuk melihat pemandang “Bebola Jingga”.
Para pelancong yang menunggu untuk melihat “Bebola Jingga” terbenam.
Sebelum…
Selepas.. Ramai pelancong teruja melihat pemandangan matahari terbenam dan mengambil foto-foto yang menarik untuk simpanan mereka.

Selain daripada itu, pelancong juga dapat melihat keindahan megah “Bebola Jingga” terbenam melalui Shangri-La Tanjung Aru Resort.

Bagi pengunjung yang menginap di sini, mereka dapat melihat pemandangan ini tanpa perlu berjalan jauh yang hanya terletak di tempat penginapan mereka untuk pengalaman melihat matahari terbenam.

Biar gambar yang berbicara. Foto melalui Sunset Bar.
Pemandangan “Bebola Jingga” terbenam melalui Shangri-La Tanjung Aru Resort.
Sambil melihat, sambil menikmati “Live Band” daripada pemuzik.

Pada masa akan datang, dijangka pelancong yang akan berkunjung ke Tanjung Aru Beach ini akan meningkat pada setiap hari untuk melihat sendiri pemandangan “Bebola Jingga” terbenam.

Mereka yang pernah berkunjung ke tempat ini juga berkemungkinan akan kembali ke sini apabila mereka berada di Kota Kinabalu kerana telah berpengalaman melihat sendiri pemandangan matahari terbenam ini dan ingin melihatnya semula.

Ada yang kembali ke sini membawa keluarga ataupun rakan-rakan mereka. Tumpuan pelancong adalah “Bebola Jingga” terbenam dan di samping itu juga mereka dapat memperkenalkan tempat melihat matahari terbenam ini kepada keluarga dan rakan-rakan mereka.

Bagi yang belum pernah ke Tanjung Aru Beach, jika anda merancang untuk ke Kota Kinabalu, di sini lah tempat anda untuk mengalami sendiri keindahan “Bebola Jingga” pada waktu petang.

Rugi sekiranya tidak berkunjung ke tempat ini kerana anda akan mengalami sendiri hasil ciptaan Tuhan yang megah ini.

Mari beramai-ramai datang ke sini bersama keluarga, rakan-rakan serta orang yang tercinta anda ke Tanjung Aru Beach. Saksikan ianya sendiri di hadapan anda, bukan hanya dalam foto.

By Shamsul

Keindahan “Bebola Jingga” pada waktu petang di Tanjung Aru Beach.

Leave a Reply