Vacazzee

All about East Malaysia's travel information, people, cultures, news and events

People & Culture

“Cowboy Sabah”: Suku kaum berkuda.

Bajau-Samah merupakan suku kaum yang mendiami negeri di Bawah Bayu sejak beratus tahun dahulu dan merupakan penghuni terawal yang mendiami Kota Belud dan Tuaran. Mereka dikenali dengan gelaran “Koboi Timur” kerana kemahiran dan kecekapan mereka menunggang kuda. Bajau-Samah juga mahir dalam pembuatan Samurai dan parang, dipercayai diperturunkan oleh tentera Jepun suatu ketika dahulu kepada Bajau Samah dan Iranun di Kota Belud. Pembuatan pedang daripada suku kaum ini amat bermutu tinggi dan senang untuk diperolehi sehingga menjadi tarikan oleh para pelancong luar negara dan dalam negeri.

Orang Bajau-Samah membuat persembahan menunggang kuda di padang.
Kanak-kanak Bajau-Samah dilatih untuk menunggang kuda.
Hasil tangan pembuatan parang daripada Bajau-Samah. Corak dan pembuatan yang unik yang dihasilkan ini merupakan salah satu tarikan dariapada pelancong sebagai cenderamata.
Proses pembuatan parang Bajau-Samah.
Parang yang telah siap dihasilkan sebelum membuat corak yang unik.

Selain itu, tempat kediaman suku kaum Bajau-Samah yang terletak di Kota Belud ini juga mempunyai destinasi pelancongan yang sangat menarik. Salah satu tumpuan tersebut adalah Borneo Bayau Flying Fox. Ianya merupakan flying fox yang terpanjang di Sabah iaitu 340 meter.

Tempat permulaan Borneo Bayau Flying Fox yang mencabar.
Ketinggian 50 meter dari paras sungai. Pengunjung nampaknya seperti ketakutan namun seronok dengan flying fox ini.
Alat-alat keselamatan harus ditekankan dan amat penting.

Jika anda ingin mengambil pengalam seperti berada di dalam kawasan koboi, anda boleh mengunjungi “Cowboy Town Sabah” yang bertempat di Sabandar, Tuaran. Anda boleh mengalami sendiri pengalaman berada di kawasan yang sangat menarik ini.

Cowboy Town Sabandar yang terletak di Tuaran, Sabah.
Anda juga boleh menunggang kuda dan menikmati sendiri pengalaman di Cowboy Town.
Semua kuda yang terdapat di Sabandar mempunyai nama mereka yang tersendiri bagi menarik tumpuan pengunjung.

Secara keseluruhannya, Sabah merupakan tempat tumpuan pelancongan. “Cowboy Sabah” menjadi salah satu lambang kemegahan dan kebanggaan yang terdapat di Kota Belud dan Tuaran, Sabah kerana kecekapan menunggang kuda sekaligus dapat memartabatkan kawasan itu sebagai tarikan pelancongan.

by Shamsul

Leave a Reply